Sebenarnya tajuk di atas sepatutnya pelintas jalan kamikaze di Tawau, dan bukannya pejalan kaki berani mati di Tawau. Tapi lebih kurang juga tu. Kan? Kami di Tawau memang masak sudah dengan style berjalan kaki orang-orang di Tawau ni. Tapi kalau orang yang pertama kali menjejakkan kaki di Tawau, dan pertama kali memandu kereta di Tawau, mungkin akan terkejut dan terkesima pada tahap maksima bila berdepan dengan pejalan-pejalan kaki yang melintas di hadapan anda.
Gambar hiasan - google |
Kalau nak tahu, orang di Tawau ni rata-ratanya bertulang besi dan berurat dawai. Kenapa kami cakap begitu? Ini kerana semuanya memang cukup berani kalau berdepan dengan apa pun. Kalau nak tahu, orang di Tawau kalau berjalan kaki memang berani dan S.L.O.W tahap gaban, lebih-lebih lagi kalau melintas jalan ataupun menyeberang jalan. Jangan haraplah nak tengok orang Tawau berlari laju-laju atau jalan cepat-cepat masa nak melintas. Mereka akan lakukannya dengan sangat S.L.O.W walaupun di depan tu adalah lori petronas, bas ekspress ataupun lori treler. Yang paling best, siap boleh berwasap, sms lagi masa melintas. Walaupun bumber kereta dah nak kena lutut pun bukan mereka peduli. Kan kami dah kata, orang Tawau ni rata-ratanya bertulang besi dan berurat dawai.
Kenapa orang di Tawau begitu? dulu-dulu hanya budak-budak sekolah menengah saja yang buat macam tu, especially budak-budak perempuan. Konon nak kontrol ayu time melintas jalan. Tapi sekarang ni, bukan setakat budak sekolah menengah saja; bapak, pakcik, makcik, aunty, uncle budak sekolah menengah pun sudah turut buat aksi ala matrix yang S.L.O.W M.O.T.I.O.N tu kalau melintas jalan. Jadi kepada yang pertama kali bawa kereta di Tawau, sabar saja lah kalau berdepan dengan para pejalan kaki yang melintas jalan ni. Mereka memang macam tu. Kalau anda kurang sabar dan melanggar mereka, anda juga yang masuk penjara nanti. Jadi kami nasihatkan, sabar saja la.
Sebenarnya kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah lali mendengar keluhan para penyewa kereta kami tentang orang-orang Tawau yang lambat betul melintas jalan ni. Macam tak sayang nyawa. Nak buat macam mana kan. Orang Tawau kan suka kontrol ayu dan kontrol hensem kalau melintas jalan. Jadi kepada bakal penyewa kereta kami yang baru pertama kali nak datang Tawau, hati-hati ya kalau memandu di Tawau. Kami memang macam tu ;)
Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459
No comments:
Post a Comment