Tuesday, 5 August 2014

Kami Ada Hadiah Istimewa Untuk Anda Semua!


Ebook Percuma Kereta Sewa Tawau J3


Hello semua, kami ada hadiah istimewa untuk anda!. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, keadaan dah mula kembali normal, tiada lagi keadaan jem yang luarbiasa. Maklum la, ramai orang yang sudah mula bekerja semenjak kelmarin. Murid-murid sekolah pun sudah mula bersekolah seperti biasa.

Di hari selasa ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah ebook mengenai tempat-tempat yang menarik di Tawau. Anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dari kami untuk anda semua. Biasanya kalau orang datang ke Tawau, tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar Gantung sahaja. Ramai sebenarnya yang menganggap Tawau ini tiada tempat menarik dan sangat membosankan berbanding Semporna.

Atas dasar itu kami dengan berbesar hati ingin berkongsi ebook ini secara PERCUMA kepada semua. Di dalam ebook ini ada tersenarai 9 tempat yang sangat-sangat menakjubkan. Anda mungkin tidak sangka ada tempat yang sebegini istimewa di Tawau.

Ebook ini sangat sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang bercadang hendak bercuti di Tawau. Bagi yang ada urusan kerja di Tawau juga boleh membaca buku ini. Mana tahu di masa lapang nanti anda boleh pergi melawat salah satu tempat yang disebutkan di dalam ebook ini. 

Pasar Tanjung dan Pasar Gantung memang tarikan yang paling utama di Tawau. Tapi 9 tempat yang disebutkan di dalam ebook ini juga tidak kalah hebatnya. Jadi tunggu apa lagi, sila download ebook yang hebat ini di  link  yang berikut. Percuma sahaja. https://www.dropbox.com/s/gheuu0as7kfedjg/Tawau%20Ebook.pdf jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai ebook ini dengan kami nanti ya. Selamat membaca!

Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya Warga Tawau!

Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3
Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya warga Tawau! Kini kita telah pun berada di Hari Raya ke-2. Di kesempatan ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tawau dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan kepada anda semua.

Seperti hari raya yang terdahulu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 pada tahun ini memang amat sibuk sekali. Biasalah kalau hari raya, tempahan dan permintaan untuk kereta sewa memang sangat tinggi. Hampir setiap minit telefon akan berbunyi bertanyakan tentang kereta sewa. Untuk makluman, tempahan kereta sewa pada musim perayaan dan juga hari raya akan kami buka sebulan sebelum hari raya tiba. Jadi bila sudah dekat-dekat hari raya, memang kereta sewa sudah habis. Dalam erti kata lain, sudah fully booked.

Ramai yang sangat kecewa bila kami katakan kami sudah tiada kereta sewa yang boleh diberikan. Tapi apa boleh buat. Kami pun terkilan kerena tidak dapat memenuhi keperluan anda semua di musim perayaan ini. Oleh itu kami sangat berharap di tahun depan kami akan ada lebih banyak kereta sewa untuk memenuhi keperluan anda. Dan kalau boleh, sila lah buat tempahan awal untuk musim perayaan tahun hadapan. 

Untuk makluman, kereta kami sudah habis semuanya pada saat ini, iaitu hari raya ke-2. Kami hanya akan ada kereta yang available pada hari raya ke-6 nanti. Terima kasih kepada yang telah menyewa kereta dengan kami sepanjang musim perayaan tahun ini. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Akhir kata, sekiranya ada silap dan salah kami sepanjang tahun ini, kami memohon berbanyak-banyak maaf. Bak kata iklan televisyen kosong-kosong yeaa. Selamat Hari Raya Semua :)

Saturday, 5 July 2014

Sewa Proton Iswara Bajet di Tawau

kereta sewa tawau car rental



Mari sewa Proton Iswara bajet di Tawau. Ya, kali ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 Tawau dengan bangganya memperkenalkan edisi kedua kereta sewa bajet kami. Kereta sewa super Bajet kami yang mula kami perkenalkan pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang sangat menakjubkan dari penyewa-penyewa kereta di seluruh Malaysia, Indonesia dan Italy. Selain Malaysia, kami juga ada penyewa kereta yang datang dari Indonesia dan Italy yang datang ke Tawau ini atas urusan bisnes dan percutian.

Okey, berbalik kepada kereta Proton Iswara Bajet kami ini. Keretanya memang sangat memuaskan. Mempunyai keluasan yang cukup besar dan boleh muat 5 orang dewasa dengan begitu selesa sekali. Bahagian bonet pula adalah sebesar bilik stor mini di rumah anda. Tak percaya? Bonet kereta Iswara sedan memang boleh memuatkan banyak barang. Mahu muat beras beratus kilo pun boleh. Cubalah. Orang kata, belum cuba belum tahu kan. Suspension kereta memang mantap, aircond pun boleh tahan sedap. Kalau anda menyewa kereta ini, memang tidak rugi. Sudahlah murah, best lagi.

Mari kita semak rate kereta ini :

1-2 hari = RM75/hari
3-6 hari = RM70/hari
7 hari ke atas = RM65/hari
1 bulan = NEGO

Macam mana? memang hebat dan menakjubkan bukan? Kereta ini sudah banyak berjasa kepada para penyewa-penyewa yang ingin menyewa kereta tetapi bajet kurang. Mereka tidak putus-purtus mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menyewakan kereta yang hebat ini pada harga yang cukup rendah. Kami pun berterima kasih kepada mereka kerana sudi menyewa kereta ini dari kami. Keyakinan mereka ke atas kereta Proton Iswara Bajet ini betul-betul membuat kami semakin bersemangat untuk terus memperkenalkan kereta-kereta sewa bajet yang lain di masa yang akan datang.

Sudah tiba masanya pengunjung ke Tawau membayar murah untuk menyewa kereta. Jangan membebankan diri dengan keperluan seperti ini. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan cuba dan cuba menurunkan lagi kadar kereta sewa di Tawau ini. Suatu masa dulu, kami juga pernah berada di tempat anda. Memerlukan kereta, tapi sewa pula amat mahal dan sangat membebankan. Zaman itu mungkin akan berakhir tidak lama lagi. Teruskan memberi sokongan kepada Kereta Sewa Tawau J3, dan kami pun akan terus berusaha memberikan kereta-kereta sewa murah yang terbaik untuk anda. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang murah dan berkualiti di daerah Tawau, terus saja berhubung dengan kami di talian 014-9669-359. Kami bersedia membantu anda. Dan jangan lupa book kereta Iswara Bajet kami ini ya, memang yang terbaek dari ladang :)

Tuesday, 24 June 2014

Sudah Bersedia Membayar Sewa Kereta Yang Murah Di Tawau?

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Sudah bersediakah anda semua membayar sewa kereta yang murah di Tawau? sudah bersediakah? Tahukah anda sekalian bahawa ada orang sebenarnya tidak bersedia membayar sewa kereta yang murah-murah. Pada pandangan mereka, kalau murah, sudah tentu tak bagus. Kalau mahal barulah berkualiti dan bagus. Tapi itu pandangan masing-masing. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 pula ingin bertanya, kalau dapat murah dan bagus macam mana? bersediakah anda untuk membayar dengan murah? bersediakah anda untuk berjimat? bersediakah?

Seperti yang pernah kami katakan dulu, rata-rata penyewa kereta kami selalu mengadu yang sewa kereta di Tawau ini mahal-mahal belaka. Dari kereta yang kecil sampai la pada kereta yang besar, semuanya mahal. Syukurlah kini mereka telah menemui kami di Kereta Sewa Tawau J3. Bukan nak eksyen, tapi memang itulah yang sering disebut-sebut oleh penyewa-penyewa kereta kami. Pada tahun lepas, ada seorang pemuda telah menyewa kereta Toyota Unser dengan kami selama 3 hari. Kami bagi sewa RM180/hari. Dia nak sewa dua buah kereta tersebut, malangnya pada masa itu hanya ada satu saja yang available. Mahu tak mahu dia terpaksa menyewa yang satu lagi dengan orang lain. Pada masa dia kembalikan kereta dia pun membuka cerita yang sewa Toyota Unser dengan orang lain tu RM280/hari, dah la sewa mahal katanya, orang yang bagi sewa tu pula pagi-pagi lagi dah datang ambil kereta, tak sampai pun 36 jam sewa katanya. Ini berikutan orang itu mahu segera memberi kereta itu kepada orang lain pula. Dia memang kesal juga katanya, kalau ikutkan hati dia ingin menyewa dengan kami saja, tapi kami pula kekurangan kereta pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia sempat juga memuji kadar sewa kami yang jauh lagi murah. Memang best katanya :)

Penyewa di atas memang bersedia untuk kadar sewa yang lebih murah. Dan sebenarnya ramai lagi penyewa-penyewa kereta di Tawau ini memang mahukan yang murah. Kalau tidak percaya, boleh datang lihat sendiri buku booking kami. Mereka yang pernah menyewa dengan kami dan bakal menyewa dengan kami memang sangat inginkan kadar yang murah. Dan itulah yang kami berikan. Ada orang pernah berkata, kalau ingin berjaya dalam bisnes, kita kena selesaikan masalah orang lain. Jadi apa yang kami buat sekarang ini adalah menyelesaikan masalah penyewa-penyewa kereta di Tawau. Dulu mereka tiada pilihan, kini sudah ada. Kami juga sekarang sedang berusaha menjadi pembekal kereta bagi https://cars.airasia.com, kami belum tahu lagi cara operasinya, tapi apa yang kami tahu, kami tidak berminat mahu menyewakan kereta yang mahal-mahal untuk pelanggan airasia. Kami akan usahakan agar sewa yang kami ada sekarang, itulah sewa yang bakal orang dapat apabila booking kereta di airasia nanti. Tolong doakan ya. 

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, sudah bersediakah anda untuk membayar sewa kereta yang lebih murah di Tawau? sudah bersediakah anda untuk berjimat? sudah bersediakah anda untuk bersama-sama kami? Kalau ya, anda sudah membuat pilihan yang bijak. Hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk mendapatkan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Anda pasti berpuashati :)

p/s: Klik  HOMESTAY MURAH DI TAWAU untuk mnyewa homestay kami yang paling murah di seluruh Tawau. Memang best, memang berbaloi.

Tuesday, 10 June 2014

Berita tergempar! Penyewa-penyewa Kereta Sewa Di Tawau RUGI Besar!!

Kereta Sewa Proton Waja di Tawau


Berita Tergempar! Ramai penyewa-penyewa kereta di Tawau berasa rugi besar apabila menyedari yang mereka sebenarnya boleh mendapat kereta sewa yang jauh lebih murah lagi di Kereta Sewa Tawau J3. Hal ini pernah diakui oleh ramai penyewa-penyewa kami apabila mengetahui bahawa kami menyediakan kereta sewa pada harga yang lebih rendah serta mengamalkan sistem makin lama sewa, makin murah. 

Sebenarnya ada ramai lagi penyewa-penyewa kereta persendirian di luar sana yang mungkin menawarkan sewa kereta pada kadar yang jauh lebih murah berbanding syarikat-syarikat yang besar. Yang penting bakal penyewa kereta mesti pandai mencari dan jangan tengok di satu tempat sahaja. Survey dahulu di semua tempat dan buat perbandingan harga. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sedia maklum yang ramai di kalangan penyewa kereta yang datang ke Tawau ini bukannya mahu sewa kereta yang mahal-mahal. Yang penting kereta dalam keadaan bagus dan boleh memenuhi keperluan mereka.

Oleh itu, untuk mengelakkan anda semua rugi besar bila menyewa kereta di Tawau ini, survey dulu ya. Contoh paling bagus cuba lihat pada gambar di atas, di mana kami membuat perbandingan antara sewa kereta Proton Waja kami dengan sewa kereta Proton Waja di tempat lain di Tawau. Nampak tak perbezaannya? Lihat penjimatan yang anda semua boleh lakukan apabila membuat survey dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyewa kereta.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa akan cuba memberikan kadar sewa kereta yang paling rendah di seluruh Tawau untuk anda semua. Anda boleh membandingkan sewa kereta-kereta yang kami ada dengan sewa kereta-kereta yang lain yang ada di Tawau ini. Anda pasti akan terkejut. Oleh itu, pilihlah kami sekiranya ingin berjimat :)



Thursday, 5 June 2014

Homestay 4 Bilik Yang Paling Murah Di Seluruh Tawau



Ini dia homestay 4 bilik yang paling murah di seluruh Tawau. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 telah menerima begitu banyak maklum-balas daripada penyewa-penyewa kereta kami. Ramai yang mahu menyewa homestay apabila berada di Tawau, tetapi buat masa ini di Tawau belum lagi ada banyak pilihan homestay. Kalau ada pun, sewanya adalah di luar kemampuan.

Atas dasar itu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 telah membuat keputusan untuk membuka satu cabang perniagaan lagi selain dari kereta sewa yang selama ini kami telah usahakan dengan jayanya. Bagi memudahkan penyewa-penyewa kereta kami dan juga bakal pengunjung yang bakal datang bertandang ke daerah Tawau ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan ini ingin memperkenalkan homestay kami untuk anda semua. Homestay ini dijamin murah dan mampu dibayar oleh anda semua, Makin lama sewa, makin murah.

Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Homestay ini memang lengkap dengan segala peralatan untuk kemudahan para penyewa. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai J3 Homestay Tawau ini, anda semua boleh layari laman blog J3 Homestay Tawau dan juga laman Facebook J3 Homestay Tawau . Semua maklumat mengenai homestay ini ada di sana. 

Rate sewa J3 Homestay ini amat berpatutan. Jom semak,

1 - 2 Malam = RM190
3 -6 Malam = RM180/Malam
7 Malam ke atas = RM170/Malam

Macam mana? Memang berbaloi kan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 yakin anda semua pasti akan berpuashati dengan rate yang ditawarkan ini. Homestay ini terletak hanya 8 minit dari bandar Tawau dan boleh memuatkan maksimum 16 orang penghuni pada satu-satu masa. Untuk sebarang pertanyaan atau booking, anda semua boleh menghubungi talian J3 Homestay Tawau di 013-5499-359 (sms/whatsapp sahaja). Disamping perkhidmatan homestay yang sangat berpatutan ini, jangan lupa juga menghubungi kami sekiranya anda semua memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Kami bersiap sedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua :)


Tuesday, 3 June 2014

Van Sewa Paling Murah Di Seluruh Tawau

Van oleh Kereta Sewa Tawau J3


Sempena musim cuti sekolah ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin memperkenalkan van sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Kami cukup yakin bahawa van yang kami sewakan ini memang yang paling murah di seluruh Tawau dan negeri Sabah. Van ini boleh muat 9-10 orang dewasa, siap ada air-cond lagi. Best kan?

Van ini sesuai disewa oleh mereka-mereka yang ingin pergi ke majlis perkahwinan atau majlis pertunangan. Untuk mereka yang datang beramai-ramai ke Tawau pun sesuai juga untuk menyewa van ini. Pokok pangkalnya, van ini sesuai untuk sesiapa saja dan sesuai untuk apa juga keadaan.

Memandangkan sewa van ini memang yang paling murah di seluruh Tawau, maka tidak hairan la van ini selalu full booked. Jadi untuk memastikan anda tidak kecewa dan tidak terlepas dari menyewa van ini, sila buat booking atau tempahan lebih kurang 1 minggu sebelum tarikh penggunaan. First come, first serve ya bos. 

Buat masa ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 hanya mempunyai sebuah van sahaja. Tapi atas permintaan yang begitu hebat, maka tidak lama lagi kami bakal menambahkan bilangan van sewa kami. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda semua. Tanpa anda semua, kami di Kereta Sewa Tawau J3 tidak akan mampu berkembang maju seperti yang anda lihat pada hari ini. Teruskan sokongan anda dan jangan lupa hubungi kami di 014-9669-359 untuk menyewa van yang paling murah di seluruh Tawau ini. Trimas :)