Sudah bersediakah anda semua membayar sewa kereta yang murah di Tawau? sudah bersediakah? Tahukah anda sekalian bahawa ada orang sebenarnya tidak bersedia membayar sewa kereta yang murah-murah. Pada pandangan mereka, kalau murah, sudah tentu tak bagus. Kalau mahal barulah berkualiti dan bagus. Tapi itu pandangan masing-masing. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 pula ingin bertanya, kalau dapat murah dan bagus macam mana? bersediakah anda untuk membayar dengan murah? bersediakah anda untuk berjimat? bersediakah?
Seperti yang pernah kami katakan dulu, rata-rata penyewa kereta kami selalu mengadu yang sewa kereta di Tawau ini mahal-mahal belaka. Dari kereta yang kecil sampai la pada kereta yang besar, semuanya mahal. Syukurlah kini mereka telah menemui kami di Kereta Sewa Tawau J3. Bukan nak eksyen, tapi memang itulah yang sering disebut-sebut oleh penyewa-penyewa kereta kami. Pada tahun lepas, ada seorang pemuda telah menyewa kereta Toyota Unser dengan kami selama 3 hari. Kami bagi sewa RM180/hari. Dia nak sewa dua buah kereta tersebut, malangnya pada masa itu hanya ada satu saja yang available. Mahu tak mahu dia terpaksa menyewa yang satu lagi dengan orang lain. Pada masa dia kembalikan kereta dia pun membuka cerita yang sewa Toyota Unser dengan orang lain tu RM280/hari, dah la sewa mahal katanya, orang yang bagi sewa tu pula pagi-pagi lagi dah datang ambil kereta, tak sampai pun 36 jam sewa katanya. Ini berikutan orang itu mahu segera memberi kereta itu kepada orang lain pula. Dia memang kesal juga katanya, kalau ikutkan hati dia ingin menyewa dengan kami saja, tapi kami pula kekurangan kereta pada masa itu. Walau bagaimanapun, dia sempat juga memuji kadar sewa kami yang jauh lagi murah. Memang best katanya :)
Penyewa di atas memang bersedia untuk kadar sewa yang lebih murah. Dan sebenarnya ramai lagi penyewa-penyewa kereta di Tawau ini memang mahukan yang murah. Kalau tidak percaya, boleh datang lihat sendiri buku booking kami. Mereka yang pernah menyewa dengan kami dan bakal menyewa dengan kami memang sangat inginkan kadar yang murah. Dan itulah yang kami berikan. Ada orang pernah berkata, kalau ingin berjaya dalam bisnes, kita kena selesaikan masalah orang lain. Jadi apa yang kami buat sekarang ini adalah menyelesaikan masalah penyewa-penyewa kereta di Tawau. Dulu mereka tiada pilihan, kini sudah ada. Kami juga sekarang sedang berusaha menjadi pembekal kereta bagi https://cars.airasia.com, kami belum tahu lagi cara operasinya, tapi apa yang kami tahu, kami tidak berminat mahu menyewakan kereta yang mahal-mahal untuk pelanggan airasia. Kami akan usahakan agar sewa yang kami ada sekarang, itulah sewa yang bakal orang dapat apabila booking kereta di airasia nanti. Tolong doakan ya.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, sudah bersediakah anda untuk membayar sewa kereta yang lebih murah di Tawau? sudah bersediakah anda untuk berjimat? sudah bersediakah anda untuk bersama-sama kami? Kalau ya, anda sudah membuat pilihan yang bijak. Hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk mendapatkan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Anda pasti berpuashati :)
p/s: Klik HOMESTAY MURAH DI TAWAU untuk mnyewa homestay kami yang paling murah di seluruh Tawau. Memang best, memang berbaloi.
No comments:
Post a Comment