Apa maksud tajuk post kami "jangan sampai tak dapat dihubungi" tu? Bukan gimik atau apa. Tapi kali ini kami ingin sampaikan sesuatu yang penting kepada rakan-rakan semua. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan lock tempahan penyewa kereta di dalam sistem kami, masa ambil dan pulangkan kereta kami take note betul-betul. Bila sampai masa untuk memulangkan kereta, kami akan menghubungi penyewa semula untuk konfirm semula jam berapa kereta akan dikembalikan, jam berapa kereta akan berada di airport etc.
Masalah akan timbul sekiranya penyewa kereta yang sepatutnya mengembalikan kereta tidak dapat dihubungi langsung. Samada dia menutup telefon ataupun langsung tidak menjawab panggilan. Apabila kami tidak dapat menghubungi penyewa, kami akan hantar sms ataupun whatsapp. Kalau mesej kami mendapat respon dan diberikan alasan yang munasabah kenapa kereta belum dikembalikan, kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan menunggu.
Tapi sekiranya mesej kami tidak diberi respon dalam tempoh yang cukup lama, 24 jam misalnya, kami akan mengambil tindakan. Begitu juga kalau penyewa memberi respon tapi respon yang diberi itu mencurigakan dan mengandungi unsur-unsur penipuan. Kami akan ambil tindakan. Apa tindakan yang akan kami ambil? Pertama sekali, setelah lebih 24 jam tidak dapat dihubungi atau menghantar mesej yang berunsur penipuan, kami akan membuat laporan di Balai Polis. Selepas membuat laporan polis, kami akan upkan gambar kad pengenalan dan lesen penyewa di facebook bagi meminta bantuan warga setempat untuk membantu kami mengenalpasti penyewa dan sekaligus membantu kami mendapatkan kereta kami balik.
Niat kami menaikkan gambar kad pengenalan dan lesen penyewa di facebok bukanlah berniat untuk mengaibkan ahli keluarga penyewa. Kalau tak bersalah, kenapa nak malu kan? Tujuan kami hanyalah untuk mendapatkan kereta kami balik. Setelah berjaya mendapatkan kereta kami semula, gambar kami akan delete serta-merta. Hampir 99.99% penyewa kereta kami adalah orang-orang yang jujur dan kami tidak pernah mendapat masalah ini. Cuma ada golongan 0.01% ini yang kalau menyewa banyak saja tipu helahnya dan tak dapat dihubungi. Akibatnya, gambar kad pengenalan dan lesen naik di facebook untuk tatapan umum.
Terima kasih kepada 99.99% penyewa kereta sewa kami yang baik dan jujur. Kami sangat menghargainya. Pada golongan 0.01% itu, jadilah manusia yang baik dan jangan menyusahkan orang lain. Kami bersyukur kerana sehingga hari ini, kami sentiasa mendapat sokongan warga Tawau. Walaupun ada yang tidak jujur di kalangan penyewa-penyewa kami, tapi dengan bantuan warga Tawau, kami begitu mudah mendapat kereta-kereta kami balik. Terima kasih semua. Kami sangat-sangat menghargai anda. Terima kasih atas segalanya ;)
Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459
No comments:
Post a Comment