Wednesday, 9 March 2016

Sistem Tempahan Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3 Booking System


Apakah sistem tempahan kereta sewa Tawau J3? Ok, ramai yang bertanyakan kami bagaimana kami uruskan tempahan kereta sewa kami. Mungkin agak rumit kalau kereta sewa semakin banyak dan tiada sistem yang teratur, pasti akan ada booking yang terlepas pandang nanti. Masa mula-mula start bisnes kereta sewa dulu, kami guna sistem manual saja. Tiap booking kami tulis satu-satu di whiteboard. Memang leceh tahap gaban. Penat dan serabut tak payah cakap lah.

Akhirnya kami mula terfikir apa cara yang paling mudah untuk melakukan semua ini? Ada banyak car rental booking system yang dijual di luar sana, tapi semuanya mahal. Kalau ada yang murah pun, bukan senang nak digunakan. Dipendekkan cerita, kami gunakan apa yang ada. Kami gunakan MS Excel. Lagipun benda ni percuma. Mula-mula tu kami buat jadual biasa-biasa saja, key-in secara manual. Tapi tiap kali ada customer call, kami kena buka laptop baru dapat check. Kami tak dapat bagi jawapan pantas pada customer. Kami pun fikir, macam mana nak masukkan jadual ni dalam handphone? Ala-ala apps begitu. Jadi senang nak check tiap kali customer tanya. Nak key-in pun tak perlu buka laptop, guna handphone pun boleh.

Akhirnya, kami dapat jawapan apabila buat banyak search di google. Jawapannya adalah guna VBA atau Visual Basic Application di MS Excel. Kami ubahsuai jadual kami seperti apps car rental yang ada di google play. Favourite kami adalah Gimin. Kami copy lebih kurang sama dan akhirnya dapat juga kami membuat sebuah sistem tempahan kereta sewa yang mudah untuk kami gunakan. Ramai customer selalu takut-takut dan tak konfiden bila dah buat booking. Takut kami tak tulis atau lupa pada tempahan mereka. Untuk makluman, sejurus saja kami dapat info yang kami perlukan dari penyewa seperti nama, no kad pengenalan, masa/tarikh ambil serta pulangkan kereta, booking itu serta merta kami key-in ke dalam handphone kami. Dan tiap tempahan kami pasang reminder 24 jam sebelum tarikh penyerahan kereta. Jadi confirm tak lupa punya.

Jadi pada semua customer yang buat tempahan dengan kami, jangan risau. Tempahan anda selamat dengan kami. Kami takkan terlupa. Jadi tunggu apa lagi? Silakan buat tempahan sekarang, Harga confirm murah ni ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday, 4 March 2016

Jangan Sampai Tak Dapat Dihubungi



Apa maksud tajuk post kami "jangan sampai tak dapat dihubungi" tu? Bukan gimik atau apa. Tapi kali ini kami ingin sampaikan sesuatu yang penting kepada rakan-rakan semua. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan lock tempahan penyewa kereta di dalam sistem kami, masa ambil dan pulangkan kereta kami take note betul-betul. Bila sampai masa untuk memulangkan kereta, kami akan menghubungi penyewa semula untuk konfirm semula jam berapa kereta akan dikembalikan, jam berapa kereta akan berada di airport etc.

Masalah akan timbul sekiranya penyewa kereta yang sepatutnya mengembalikan kereta tidak dapat dihubungi langsung. Samada dia menutup telefon ataupun langsung tidak menjawab panggilan. Apabila kami tidak dapat menghubungi penyewa, kami akan hantar sms ataupun whatsapp. Kalau mesej kami mendapat respon dan diberikan alasan yang munasabah kenapa kereta belum dikembalikan, kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan menunggu. 


Tapi sekiranya mesej kami tidak diberi respon dalam tempoh yang cukup lama, 24 jam misalnya, kami akan mengambil tindakan. Begitu juga kalau penyewa memberi respon tapi respon yang diberi itu mencurigakan dan mengandungi unsur-unsur penipuan. Kami akan ambil tindakan. Apa tindakan yang akan kami ambil? Pertama sekali, setelah lebih 24 jam tidak dapat dihubungi atau menghantar mesej yang berunsur penipuan, kami akan membuat laporan di Balai Polis. Selepas membuat laporan polis, kami akan upkan gambar kad pengenalan dan lesen penyewa di facebook bagi meminta bantuan warga setempat untuk membantu kami mengenalpasti penyewa dan sekaligus membantu kami mendapatkan kereta kami balik.

Niat kami menaikkan gambar kad pengenalan dan lesen penyewa di facebok bukanlah berniat untuk mengaibkan ahli keluarga penyewa. Kalau tak bersalah, kenapa nak malu kan? Tujuan kami hanyalah untuk mendapatkan kereta kami balik. Setelah berjaya mendapatkan kereta kami semula, gambar kami akan delete serta-merta. Hampir 99.99% penyewa kereta kami adalah orang-orang yang jujur dan kami tidak pernah mendapat masalah ini. Cuma ada golongan 0.01% ini yang kalau menyewa banyak saja tipu helahnya dan tak dapat dihubungi. Akibatnya, gambar kad pengenalan dan lesen naik di facebook untuk tatapan umum.

Terima kasih kepada 99.99% penyewa kereta sewa kami yang baik dan jujur. Kami sangat menghargainya. Pada golongan 0.01% itu, jadilah manusia yang baik dan jangan menyusahkan orang lain. Kami bersyukur kerana sehingga hari ini, kami sentiasa mendapat sokongan warga Tawau. Walaupun ada yang tidak jujur di kalangan penyewa-penyewa kami, tapi dengan bantuan warga Tawau, kami begitu mudah mendapat kereta-kereta kami balik. Terima kasih semua. Kami sangat-sangat menghargai anda. Terima kasih atas segalanya ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459