Ya, UK Funfair kini berada di Tawau. Kalau nak tahu, UK Funfair memang sering menjadikan Tawau sebagai tempat persinggahan mereka. Ini mungkin disebabkan warga Tawau yang memang cukup gemar membawa anak-anak dan keluarga berhibur di funfair ini setiap kali funfair ini berada di Tawau. Sedikit info, kami di Tawau tak panggil tempat ni sebagai funfair. Kami di sini panggil "pampe" saja. Jadi kalau anda terdengar orang Tawau menyebut "pampe", mereka sebenarnya sedang bercakap mengenai FUNFAIR ;)
Kami di Kereta Sewa Tawau J3 tidak pernah ketinggalan pergi ke UK Funfair setiap kali mereka datang ke Tawau. Ini kerana permainan di dalam funfair ini sangat ohsem dan suasana di dalam funfair pun cukup meriah dan bercahaya serta penuh warna-warni. Funfair akan mula dibuka bermula jam 6.30 petang sehingga 12.00 malam. Tiket masuk ke dalam funfair hanya RM2.00 sahaja dan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh masuk dengan percuma tanpa bayaran. Walaupun harga tiket masuk adalah amat murah, tetapi caj setiap permainan pula tidaklah begitu murah. Hampir semua permainan di dalam funfair ini dicaj pada kadar 2 token sekali main. Nilai 2 token = RM4.00. Jadi maksudnya, setiap kali nak main tu kena bayar paling minimum RM4.00. Ada juga permainan yang caj 3 token setiap kali main, iaitu RM6.00.
Tapak UK Funfair di Tawau terletak di batu 1.5 Jalan Apas Tawau, iaitu berhadapan dengan Takada dan Eastern Plaza Tawau. Tapak funfair ini juga berdekatan dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3 iaitu di Taman Berkeley. Kami di seberang jalan sahaja iaitu dalam 1 minit perjalanan sahaja dengan berjalan kaki. Pada pelanggan kami yang berminat pergi ke funfair ini nanti, pastikan anda datang awal. Ini kerana bermula dari jam 7.30 malam ke atas, jalan akan jadi begitu sesak di sekitar kawasan funfair, tempat parking pun akan penuh juga. Jadi kalau tak mahu pening-pening kepala, silalah datang awal. Kalau dah bermain-main di funfair dan terasa lapar, anda semua boleh menyeberang jalan dan pergi ke pasar malam Takada. Di situ terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti Bakso, sayap ayam panggang, nasi lalap dan lain-lain lagi. Memang best.
Kami tidak pasti sampai bila UK Funfair akan berada di Tawau pada kali ini, tapi biasanya mereka akan buka funfair selama 1 bulan. Jadi kalau anda berada di Tawau sekarang, jangan ketinggalan pergi ke funfair ini bersama keluarga dan anak-anak. Untuk pergi ke funfair anda boleh menaiki bas Jalan Apas dari terminal bas di bandar Tawau. Tambang hanya RM 0.70 sen sahaja. Bagi yang membawa keluarga dan anak-anak dan rasa tidak selesa menaiki bas, anda boleh hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Anda boleh hubungi kami di talian 014-9669-359 dan kami akan sediakan sebuah kereta sewa untuk anda pakai ke funfair. Jadi tunggu apa lagi?

H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459
No comments:
Post a Comment