Monday, 3 June 2013

Video Kemalangan Jalanraya Yang Menyayat Hati


Ini antara video-video kemalangan jalanraya yang sangat menyentuh perasaan. Di jalanraya, apa-apa pun boleh berlaku, samada kita dilanggar, kita melanggar, kita terlanggar. Kesan dari semua itu sudah pasti lah kehilangan nyawa. Anak boleh kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan macam-macam lagi. Dalam sekelip mata nyawa manusia boleh melayang.

Apa yang boleh kita lakukan bagi memastikan jalanraya menjadi tempat yang selamat untuk kita semua? Ada banyak yang boleh kita lakukan. Antaranya:

1. Jangan memandu melebihi had laju
2. Jangan memandu dalam keadaan mabuk
3. Jangan memotong kenderaan lain di selekoh tajam
4. Jangan bertelefon atau ber-sms semasa memandu

Sekiranya anda mampu melakukan semua perkara diatas, maka ucaplah tahniah pada diri anda sendiri kerana anda telah memainkan peranan dalam menyelamatkan nyawa anda & nyawa orang lain di jalanraya. Kami di Kereta Sewa J3 Tawau sentiasa memberi sokongan & rasa hormat kepada pemandu-pemandu yang berhemah di jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat. 

No comments:

Post a Comment