Friday, 14 February 2014

Nak Cancel Booking Sewa Kereta?

Kereta Sewa Tawau J3

Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan membincangkan mengenai isu nak cancel booking sewa kereta. Kalau mau tahu, isu cancel ni memang sangat memeningkan kepala, lebih-lebih lagi kalau customer cancel booking pada saat-saat akhir. Atau dalam erti kata lainnya, kensel last minit.

Benda ini sudah beberapa kali terjadi pada kami. Bayangkan, kami sudah reserve kereta sewa berkenaan dan tidak menerima lagi booking yang lain, tapi akhirnya orang yang awal-awal book ini telah cancel. Ada yang baik hati memberitahu. Tapi ada juga yang sungguh tidak bertanggungjawab dan diam-diam sahaja. Kami dah sampai airport menunggu dan menunggu tapi si DIA tidak muncul-muncul. Bila di call, barulah dia cakap dia nak cancel sewa kereta berkenaan. Sadis kan?

Untuk pelanggan yang begitu, dia akan kami blacklistkan. Itu saja yang mampu kami lakukan. Tapi bermula dari bulan Mac 2014, Kereta Sewa Tawau J3 akan menggunakan sistem slip dan penalti. Kami akan hantar slip confirmation kepada semua yang sudah confirm menyewa kereta dengan kami. Itu merupakan bukti black & white penyewaan kereta. Pelanggan boleh cancel dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh penyewaan tersebut. Sekiranya ada yang cancel senyap-senyap, maka denda dan penalti sewa sehari akan kami kenakan. Sekiranya tiada tindakan untuk membayar denda dari pihak pelanggan yang tidak bertanggungjawab ini, maka slip ini kami akan ajukan kepada laporan polis yang akan kami buat.

Kepada pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang jujur, anda semua tidak perlu risau. Ini merupakan langkah yang kami ambil untuk menyekat perbuatan tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang suka melakukan perkara yang menyusahkan orang lain. Kami sangat berterima kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami yang jujur dan saling bekerjasama dengan kami. Tanpa anda semua, Kereta sewa Tawau J3 tidak akan wujud.

Sekali lagi, terima kasih pada anda semua. Dan kepada bakal-bakal pelanggan yang kami hormati, sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, sila hubungi kami Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Kami jamin anda pasti berpuashati :)

Thursday, 30 January 2014

Kereta Sewa Tawau J3 Mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina Kepada Semua

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina


Kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan-pelanggan dan sahabat-sahabat kami yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Semoga Tahun Baru kali ini ada membawa banyak ong dan tuah untuk semua. Dan jangan lupa kan kami sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau Ya. Gong Xi Fa Cai!!!

Friday, 17 January 2014

Kereta Sewa Tawau J3 di Tahun 2014


Selamat tahun baru 2014 dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Pada hari ini sudah genap 17 hari kita semua berada di tahun 2014. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 semakin bersemangat mahu memberikan yang terbaik kepada para penyewa-penyewa kereta kami di tahun baru ini.

Kalau nak tahu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 masih lagi seperti yang dahulu. Kami masih lagi mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju perkhidmatan kereta sewa di Tawau yang menawarkan harga sewa yang paling rendah sekali. Kami lakukan ini semua untuk anda semua.

Ramai yang bertanya, dah tahun baru ni takkan tak nak naikkan harga. Bagi kami yang paling penting anda semua tidak terbeban. Kereta sewa bukanlah satu kehendak, tapi merupakan satu keperluan. Untung sikit-sikit dah lah. Yang penting anda semua tidak terbeban dan dalam pada masa yang sama anda dapat menikmati perkhidmatan kereta sewa yang terbaik dari kami di Kereta Sewa Tawau J3.

Jadi di tahun baru 2014 ini kami akan meneruskan misi kami dalam memberikan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik dan termurah di seluruh Tawau untuk anda. Semoga anda semua teruskan memberi sokongan kepada kami ya. Terima kasih :)

Monday, 23 December 2013

Selamat Hari Krismas Dari Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Selamat Hari Krismas kami di Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan kepada para pembaca blog serta pelanggan-pelanggan dan penyewa-penyewa kereta kami yang menyambut Hari Krismas. Semoga Krismas tahun ini disambut dengan meriah dan penuh keceriaan di samping keluarga yang tersayang. Happy Holiday to all and hohoho....!!!

Friday, 20 December 2013

Nombor Telefon Baru Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kini kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah ada nombor telefon baru. Memandangkan jumlah panggilan, sms dan whatsapp kian meningkat setiap hari, maka kami mengambil keputusan untuk mewujudkan talian baru ini khas hanya untuk menjawab segala persoalan mengenai kereta sewa dan juga bagi memudahkan para pelanggan dan bakal penyewa membuat tempahan kereta sewa.

Oleh itu, talian lama kami di 013-5528523 tidak akan digunakan lagi bagi sebarang urusan mengenai kereta sewa kami. Untuk sebarang pertanyaan, info dan tempahan, sila hubungi kami di talian 014-9669-359. Talian ini akan mula digunakan sepenuhnya bermula pada hari Isnin, 23 Disember 2013. Harap maklum :)

Wednesday, 11 December 2013

Kereta Sewa Tawau J3 Suka Freebies - PERCUMA

Ya, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies, atau dalam Bahasa Melayunya, benda-benda FREE. Ya la, siapa yang tak suka benda percuma kan? Lagi-lagi kalau benda percuma itu membolehkan kita menambah lagi duit poket dan keuntungan. Sebelum itu, salam sejahtera semua. Dah nak dekat 3 minggu kami tak update blog ni. Dah berhabuk dah pun. Tapi nak buat macam mana, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sekarang sangat sibuk dan tak menang tangan melayan pelanggan. Maklum la, sekarang musim cuti, jadi ramai yang memerlukan kereta sewa di bandar Tawau ini. Dan semestinya mereka akan mencari kami di Kereta Sewa Tawau J3.

Berbalik kepada topik freebies, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka sangat menggunakan kemudahan di internet yang percuma bagi mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Cuba lihat banner di bawah ni, menarik kan? Banner yang kelihatan profesional ini kami dapat siapakan dalam masa 5 minit sahaja di http://www.realcheapsigns.com  dan yang paling best sekali, ianya percuma!

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Cuba lihat iklan Kereta Sewa Tawau J3 yang seterusnya

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Nampak macam terer je buat kan? sama seperti iklan banner diatas, iklan yang ini pun kami buat dengan percuma di http://www.postermywall.com . Memang tak dinafikan, postermywall menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk membantu kita membuat iklan banner, poster atau flyer dengan kemas dan bergaya. Masa untuk menyiapkan iklan ini tak sampai pun 10 minit. Sungguh mudah.

Akhir sekali, selain dari banner berbentuk grafik, kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga gemar membuat iklan berbentuk video. Iklan video lebih cepat menarik perhatian & banyak info dapat disampaikan dengan jelas kepada pelanggan. Untuk iklan video, kami di Kereta Sewa Tawau J3 menggunakan videoscribe di http://www.sparkol.com . Cuba lihat screenshot iklan video kami ini 

Kereta Sewa Tawau Car Rental



Kalau perasan, tak lama dulu iklan maxis di kaca tv pun ada menggunakan iklan video seperti yang kami tunjukkan ini. Untuk membuat iklan video seperti ini anda hanya perlu mendaftar di sparkol.com dan terus mendownload aplikasi video ini secara percuma. Nak buat video ini memang mudah. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sendiri terkejut sebab ianya terlalu simple dan mudah tapi hasilnya amat profesional dan nampak macam mahal je nak buat. Apa kata anda semua try lihat iklan video Kereta Sewa Tawau J3 ini di sini http://www.youtube.com/watch?v=_0YW9doc7no dan sini http://www.youtube.com/watch?v=VtIs4S22yEU

Jadi itulah kesudahannya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies. Lebih-lebih lagi freebies yang boleh membantu bisnes kami ini. Dengan adanya freebies ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dapat mengiklankan iklan kami dengan percuma kepada anda semua. Ok, semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami sampaikan ini. Dan sekiranya anda berada di Tawau & memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5528523 :)

Tuesday, 19 November 2013

Cuti Sekolah Bersama Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental
Call/sms/whatsapp 013-5528523 untuk menyewa kereta dengan kami

Ya, cuti sekolah yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kalau anda bercadang hendak bercuti di Tawau, apa kata anda bercuti bersama dengan Kereta Sewa Tawau J3. Ok tak macam tu? Ada banyak tempat menarik untuk dilawati di Tawau ni. Kalau berjalan kaki atau naik teksi atau bas, memang penat. Jadi hubungi saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 dan biar kereta sewa kami menjadi peneman setia anda berjalan-jalan dan membeli-belah di bandar Tawau ini nanti.

Kami ada banyak pilihan kenderaan untuk anda pilih. Yang penting, anda semua mestilah membuat tempahan awal ya. Maklum la, di musim cuti sekolah ini kereta sentiasa fully booked. Contohnya seperti hari ini, 19/11/2013. Untuk makluman, pada hari ini semua kereta sewa kami dari yang kecil hingga yang paling besar semuanya keluar. 

Jadi untuk mengelakkan kekecewaan di musim cuti sekolah ini, sila lah buat tempahan dengan segera ya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan berusaha menyediakan kereta sewa yang termurah dan terbaik di seluruh Tawau untuk kegunaan anda di musim cuti ini. Jangan lupa, hubungi kami awal-awal. Okey, selamat bercuti semua dan untuk mereka yang pertama kali datang ke Tawau, Welcome to Tawau :)