Selamat Hari Krismas kami di Kereta Sewa Tawau J3 ucapkan kepada para pembaca blog serta pelanggan-pelanggan dan penyewa-penyewa kereta kami yang menyambut Hari Krismas. Semoga Krismas tahun ini disambut dengan meriah dan penuh keceriaan di samping keluarga yang tersayang. Happy Holiday to all and hohoho....!!!
Selamat datang ke blog kereta sewa paling murah di seluruh Tawau!
Pages
- Home
- Tempahan Kereta Sewa Online
- Mengenai Kami
- Mengenai Tawau
- Baca Ini Dulu Sebelum Menyewa Kereta
- Rate Kereta Sewa
- Dokumen & Deposit
- Cara Booking Kereta
- Caj Penghantaran Ke Airport
- Caj Lewat Pemulangan
- Tempat Pengambilan & Pemulangan Kereta Sewa 1
- Tempat Pengambilan & Pemulangan Kereta Sewa 2
- Koleksi Gambar Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3
- Testimoni Pelanggan
Monday, 23 December 2013
Friday, 20 December 2013
Nombor Telefon Baru Kereta Sewa Tawau J3
Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia kepada para pembaca blog Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kini kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah ada nombor telefon baru. Memandangkan jumlah panggilan, sms dan whatsapp kian meningkat setiap hari, maka kami mengambil keputusan untuk mewujudkan talian baru ini khas hanya untuk menjawab segala persoalan mengenai kereta sewa dan juga bagi memudahkan para pelanggan dan bakal penyewa membuat tempahan kereta sewa.
Oleh itu, talian lama kami di 013-5528523 tidak akan digunakan lagi bagi sebarang urusan mengenai kereta sewa kami. Untuk sebarang pertanyaan, info dan tempahan, sila hubungi kami di talian 014-9669-359. Talian ini akan mula digunakan sepenuhnya bermula pada hari Isnin, 23 Disember 2013. Harap maklum :)
Wednesday, 11 December 2013
Kereta Sewa Tawau J3 Suka Freebies - PERCUMA
Ya, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies, atau dalam Bahasa Melayunya, benda-benda FREE. Ya la, siapa yang tak suka benda percuma kan? Lagi-lagi kalau benda percuma itu membolehkan kita menambah lagi duit poket dan keuntungan. Sebelum itu, salam sejahtera semua. Dah nak dekat 3 minggu kami tak update blog ni. Dah berhabuk dah pun. Tapi nak buat macam mana, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sekarang sangat sibuk dan tak menang tangan melayan pelanggan. Maklum la, sekarang musim cuti, jadi ramai yang memerlukan kereta sewa di bandar Tawau ini. Dan semestinya mereka akan mencari kami di Kereta Sewa Tawau J3.
Berbalik kepada topik freebies, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka sangat menggunakan kemudahan di internet yang percuma bagi mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Cuba lihat banner di bawah ni, menarik kan? Banner yang kelihatan profesional ini kami dapat siapakan dalam masa 5 minit sahaja di http://www.realcheapsigns.com dan yang paling best sekali, ianya percuma!
Cuba lihat iklan Kereta Sewa Tawau J3 yang seterusnya
Nampak macam terer je buat kan? sama seperti iklan banner diatas, iklan yang ini pun kami buat dengan percuma di http://www.postermywall.com . Memang tak dinafikan, postermywall menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk membantu kita membuat iklan banner, poster atau flyer dengan kemas dan bergaya. Masa untuk menyiapkan iklan ini tak sampai pun 10 minit. Sungguh mudah.
Akhir sekali, selain dari banner berbentuk grafik, kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga gemar membuat iklan berbentuk video. Iklan video lebih cepat menarik perhatian & banyak info dapat disampaikan dengan jelas kepada pelanggan. Untuk iklan video, kami di Kereta Sewa Tawau J3 menggunakan videoscribe di http://www.sparkol.com . Cuba lihat screenshot iklan video kami ini
Kalau perasan, tak lama dulu iklan maxis di kaca tv pun ada menggunakan iklan video seperti yang kami tunjukkan ini. Untuk membuat iklan video seperti ini anda hanya perlu mendaftar di sparkol.com dan terus mendownload aplikasi video ini secara percuma. Nak buat video ini memang mudah. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sendiri terkejut sebab ianya terlalu simple dan mudah tapi hasilnya amat profesional dan nampak macam mahal je nak buat. Apa kata anda semua try lihat iklan video Kereta Sewa Tawau J3 ini di sini http://www.youtube.com/watch?v=_0YW9doc7no dan sini http://www.youtube.com/watch?v=VtIs4S22yEU
Jadi itulah kesudahannya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies. Lebih-lebih lagi freebies yang boleh membantu bisnes kami ini. Dengan adanya freebies ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dapat mengiklankan iklan kami dengan percuma kepada anda semua. Ok, semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami sampaikan ini. Dan sekiranya anda berada di Tawau & memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5528523 :)
Tuesday, 19 November 2013
Cuti Sekolah Bersama Kereta Sewa Tawau J3
![]() |
| Call/sms/whatsapp 013-5528523 untuk menyewa kereta dengan kami |
Ya, cuti sekolah yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kalau anda bercadang hendak bercuti di Tawau, apa kata anda bercuti bersama dengan Kereta Sewa Tawau J3. Ok tak macam tu? Ada banyak tempat menarik untuk dilawati di Tawau ni. Kalau berjalan kaki atau naik teksi atau bas, memang penat. Jadi hubungi saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 dan biar kereta sewa kami menjadi peneman setia anda berjalan-jalan dan membeli-belah di bandar Tawau ini nanti.
Kami ada banyak pilihan kenderaan untuk anda pilih. Yang penting, anda semua mestilah membuat tempahan awal ya. Maklum la, di musim cuti sekolah ini kereta sentiasa fully booked. Contohnya seperti hari ini, 19/11/2013. Untuk makluman, pada hari ini semua kereta sewa kami dari yang kecil hingga yang paling besar semuanya keluar.
Jadi untuk mengelakkan kekecewaan di musim cuti sekolah ini, sila lah buat tempahan dengan segera ya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan berusaha menyediakan kereta sewa yang termurah dan terbaik di seluruh Tawau untuk kegunaan anda di musim cuti ini. Jangan lupa, hubungi kami awal-awal. Okey, selamat bercuti semua dan untuk mereka yang pertama kali datang ke Tawau, Welcome to Tawau :)
Monday, 11 November 2013
Tempat Makan Pilihan Kereta Sewa Tawau J3
Apakah tempat makan paling best di Tawau menurut pilihan Kereta Sewa Tawau J3? Banyak sebenarnya. Terlalu banyak pilihan. Tapi untuk memudahkan bakal-bakal pelawat yang akan datang pada musim cuti sekolah nanti, maka kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa tempat makan yang paling best dan wajib pergi di daerah Tawau ini.
Restoran Maskur
![]() | |||
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Sup Campur, Sup Urat, Nasi lalap
Harga : Sangat-sangat murah dan berbaloi
Lokasi: Merotai (Maskur I), sebelah Giant Hypermarket (Maskur II), Taman Univilla (Maskur III), Balung (Maskur IV)
Restoran Sri Titingan
![]() | ||
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Ikan masak sweet sour + mangga, Udang goreng tepung, Sup Isi Ketam
Harga : Terlalu rendah, dan merupakan restoran seafood yang paling low price di Tawau
Lokasi : Tawau Lama & Taman Univilla
Gerai Sayap Ayam Lelek
![]() |
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Sayap ayam, Pedal ayam, Buntut Ayam panggang + sambal kicap pedas special
Harga : Murah giler.... memang hari-hari jual murah punya
Lokasi : Berdepan pasaraya Servay & Parkwell
Indo Taste Cafe
![]() |
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Nasi Ayam Penyet, Ais Teler, Sanggar Cheese, Sang Men Watan Ho
Harga : Tidak mahal. Boleh datang beramai-ramai tanpa muflis
Lokasi : Berdekatan Giant Hypermarket
Bibiq Corner
![]() | ||
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Apa yang best di Bibiq Corner : Bagi yang nak try makan Payau, ini la tempatnya
Menu yang best : Sup Payau (rusa)
Harga : Sangat murah & berpatutan
Lokasi : Berdekatan dengan bangunan Lapangan Terbang Tawau
Restoran Makanan Laut Kam Ling
![]() | ||
| Lawati tempat ini dengan Kereta Sewa Tawau J3 - 0135528523 |
Menu yang best : Pelbagai jenis masakan ikan, kerang, lala, sotong, udang yang terlampau sedap
Harga : Sederhana. Tapi berbaloi untuk setiap sen yang anda belanjakan di sini
Lokasi : Taman Tikus, Tawau
Okey, itu semua adalah antara tempat-tempat makan yang best di Tawau menurut kami di Kereta Sewa Tawau J3. Tempat ini kami pilih berdasarkan maklum balas mereka-mereka yang pernah menyewa kereta dengan kami. Selain itu, kami juga mengambilkira "kemashyuran" tempat-tempat ini di kaca mata warga Tawau.
Bagi bakal-bakal penyewa kereta kami, dan juga bakal-bakal pelawat yang akan menjejakkkan kaki ke Tawau ini, jangan lupa menjamu selera di tempat-tempat yang kami senaraikan ini. Kami jamin anda akan sangat-sangat berpuashati. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan memastikan anda semua dapat sampai ke tempat-tempat diatas dengan menaiki kereta sewa kami yang paling murah & paling feimes di Tawau ini.
Saturday, 26 October 2013
Penyokong Kereta Sewa Tawau J3
Siapakah penyokong Kereta Sewa Tawau J3? Tak lain tak bukan, sudah tentulah pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa berdiri di belakang kami. Kami terharu dengan sokongan tanpa henti yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan kami, baik yang berada di Tawau, mahupun di luar Tawau itu sendiri.
Di Tawau ini ada beberapa pilihan untuk mendapatkan kereta sewa. Tapi kami bersyukur kerana begitu ramai yang memilih kami sebagai tempat utama untuk menyewa kereta di daerah Tawau ini. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada semua yang memilih kami.
Walaupun mungkin ada kekurangan di mana-mana, tapi komen dan maklumbalas positif yang kami terima dari anda semua membuatkan kami begitu bersemangat untuk memberi yang terbaik. Untuk makluman semua juga, kami di Kereta Sewa Tawau J3 telah menambah lagi kereta sewa kami bagi menampung permintaan yang begitu tinggi dari anda sekalian.
Jadi, teruskan memberi sokongan anda. Dan jangan lupa, sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau, hubungi kami di 013-5528523 (call/sms/whatsapp). Kami pasti tidak akan mengecewakan anda :)
Monday, 7 October 2013
Lagi Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 Yang Berpuashati!
![]() |
| Mereka Berpuashati! |
Dua lagi pelanggan yang berpuashati dengan pekhidmatan kereta sewa yang kami Tawarkan. Mereka adalah Mr. Ahchin dan Mr. Ilangoven dari AirAsia. Mereka telah menyewa kereta kancil kami selama 2 minggu (21/9/2013 - 5/10/2013) dengan kadar yang paling murah di seluruh Tawau. Menurut mereka, setelah puas mencari, hanya Kereta Sewa Tawau J3 yang menawarkan sewa paling murah berbanding tempat lain.
Yang menariknya menurut mereka, hanya Kereta Sewa Tawau J3 juga yang tak kisah mereka membuat bayaran ansuran selama 2x untuk sewaan 2 minggu itu. Di tempat lain menurut mereka, tiada fleksibiliti seperti itu. Apa pun, kami di Kereta Sewa Tawau J3 turut berterima kasih kepada mereka atas kepercayaan yang diberi. Dan semoga kita dapat berurusan lagi di lain masa.
Bagi bakal-bakal pelanggan kami yang lain, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang mengamalkan fleksibiliti dalam perkhidmatan kami. Apabila menyewa kereta, anda semua memang diharapkan untuk membuat bayaran penuh dahulu sebelum kunci kereta sewa diserahkan. Walau bagaimanapun, kami juga memahami keadaan kewangan pelanggan kami, lebih-lebih lagi bagi mereka yang menyewa kereta dalam jangka waktu yang lama. Perkara itu semuanya boleh runding.
Jadi tunggu apa lagi? sudah ramai yang berpuashati dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di Tawau, jangan ragu-ragu untuk menjadikan kami pilihan anda. Kami jamin anda juga akan berpuashati :)
Subscribe to:
Posts (Atom)













