Saturday, 29 June 2013

Caj Penghantaran & Jadual Pengambilan di Airport Tawau

Lapangan Terbang Tawau

Untuk makluman anda semua, bermula dari hari ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan mengenakan caj sebanyak RM20 sekiranya anda meminta kereta sewa dihantar terus ke airport Tawau. Maklumat lebih terperinci boleh anda baca di tab Caj Penghantaran Ke Airport. Secara ringkasnya, jarak airport Tawau adalah terlalu jauh dari bandar Tawau. Berat hati kami mengambil keputusan ini, tapi diharapkan para pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 dapat memahami kos ulang-alik yang terpaksa kami tanggung untuk pergi ke airport tersebut.

Selain daripada itu, kami juga telah merangka jadual pengambilan di airport untuk memudahkan bakal-bakal penyewa merancang perjalanan nanti. Bermula dari 30 Jun 2013, kami akan mengambil penyewa-penyewa kereta yang meminta untuk diambil di airport mengikut ketetapan berikut:

Isnin - Sabtu (9 pagi - 6.30 petang)
Ahad (12 tengahari - 6.30 petang)

Kami terlebih dahulu memohon maaf kerana kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan pengambilan & penghantaran kereta selepas jam 6.30 petang. Walau bagaimanapun, atas permintaan, kami boleh menyediakan perkhidmatan teksi pada harga yang berpatutan untuk kemudahan penyewa-penyewa kereta kami. Tapi perkhidmatan ini perlu di-request awal sehari bagi memudahkan kami menempah teksi berkenaan. Diharapkan penerangan ini dapat memberi input yang berguna kepada anda semua. Dan kami amat-amat berterima kasih diatas sokongan anda semua selama ini. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara di atas, anda boleh terus berhubung dengan Mr. Andrew di 013-5528523. Terima kasih :)





Friday, 28 June 2013

Berita baik, hanya RM50 sahaja!


Berita baik untuk semua pelanggan & bakal pelanggan kami. Setelah menerima feedback dari pelanggan yang sedia ada, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dengan berbesar hati menurunkan kadar deposit penyewaan kereta daripada RM100, kepada RM50 sahaja. Deposit sebanyak RM50 ini adalah untuk semua jenis kenderaan.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Mr. Andrew di talian 013-5528523. Untuk makluman semua juga, sekiranya anda ingin menempah kereta MPV untuk memuatkan seramai 7-8 orang, diharapkan anda boleh membuat penempahan lebih awal. Ini kerana kereta MPV kami adalah terhad dan selalu full booked. Kami juga memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang selalu menghadapi masalah full booked apabila berurusan dengan kami. Kami akan berusaha menambah lagi bilangan kereta kami bagi menampung permintaan anda semua.

Dalam pada itu, kami berharap anda semua akan setia bersama kami dan memberi sokongan pada kami. Untuk itu kami ucapkan jutaan terima kasih. Dan semoga penurunan kadar deposit sebanyak RM50 ini akan dapat menggembirakan hati anda semua. Terima kasih :)

Monday, 24 June 2013

Apa Perasaan anda Kalau Terjumpa Pelintas Jalan Yang Sudahlah Bodoh, Sombong Lagi? Only In Tawau.


Apa yang dimaksudkan dengan pelintas jalan yang sudahlah bodoh, sombong lagi? Okey, nanti saya jelaskan. Baru-baru ni, semasa menyerahkan kunci kereta sewa semula kepada kami. penyewa dari luar Tawau ni terus saja bertanya, "memang begini ke orang-orang Tawau, kalau melintas jalan slow saja. Sudahlah slow, buat-buat tak nampak kereta lagi?" Saya terus tergelak hehehe... sebab memang betul apa yang disebutkan oleh encik penyewa tersebut. Mungkin kita di Tawau sudah biasa dan lali, tapi bagi orang luar, mungkin itu situasi yang sangat meng-GERAM-kan :)

Kalau nak tahu, 99% pelintas jalan atau pejalan kaki di Tawau ini memang ada masalah attitude. Apa masalah itu? Masalah bodoh sombonglah. Jangan tak tau, orang Tawau kalau melintas jalan, memang akan buat jalanraya tu macam rumah sendiri. Sudahlah slow motion, buat deq lagi tu. Mereka tau kereta takkan berani langgar punya, jadi mereka makinlah menjadi-jadi. Kadang-kadang kalau kita hon, kita ni lagi akan dibagi jelingan maut. 

Hanya segelintir sahaja warga Tawau yang ada rasa tanggungjawab bila melintas jalan. Antaranya adalah saya sendirilah (ini fakta, bukan auta ya). Selain itu, murid-murid sekolah rendah juga adalah antara mereka yang pandai melintas jalan. Selain daripada yang disebut diatas, minta maaflah. Jalan itu mereka yang punya ya. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak perempuan belasan tahun bersama geng-geng mereka yang melintas jalan. So perasan tahap gaban. Mereka ingat orang perati sangatlah mereka tu, jadi mereka pun dengan kadar kelajuan kura-kura melintas jalan. Ini semua adalah kisah benar. Dan inilah apa yang saya kategorikan sebagai pelintas jalan yang sudahlah bodoh, sombong lagi. Apakah perasaan anda bila terjumpa mereka ini? Only in Tawau saja ya. 

Friday, 21 June 2013

Mari tengok wayang di Tawau, ada 3D lagiiiiii......

Apa lagi yang best di Tawau ni?? Haaa... macam tu la antara soalan yang selalu ditanya oleh penyewa-penyewa kereta kami. Ok, bagi saya la kan, antara tempat yang best adalah Eastern Cineplex. 


Kenapa best? sebab di sini anda semua boleh bersantai bersama dengan keluarga & relax sambil menonton wayang yang paling latest ditayangkan. Eastern Cineplex ini terletak di kompleks yang sama dengan Hotel Promenade Tawau. Senang je nak cari tu.

Berbanding ke Pasar Gantung, Pasar Tanjung atau Taman Bukit Tawau, di Eastern Cineplex anda semua tak perlu berpanas, berhujan dan berletih-letihan (ada kah ayat macam tu?). Di Eastern Cineplex anda tenang saja, aircond pun sejuk, suasana pun happening. Budak-budak mesti suka. Yang paling best, inilah satu-satunya tempat yang ada tayangan filem 3D di Tawau. 

Keadaan di dalam cineplex pun selesa. Kerusi empuk, dan tayangan wayang gambar pula adalah sangat jelas. Sound system juga memang mantap, clear sangat-sangat bunyi tu.  Memang berkualitilah. Tiap ringgit yang anda belanjakan disini adalah sangat berbaloi. Kalau nak tahu, minggu ini ada banyak wayang yang best-best. Antaranya adalah:


























































Kalau nak tengok jadual tayangan, boleh klik di SINI. Jadi tunggu apa lagi, sudah penat-penat berjalan, mari kita tengok wayang di Eastern Cineplex. Best bah. Kalau tiada kereta mau pergi sana, call/sms saja kami di Kereta Sewa Tawau J3 ok :)

Tuesday, 18 June 2013

Mari kita pergi Maliau Basin di Tawau...BEST bah!!


Ini adalah salah satu gambar hutan hujan di Maliau Basin. Cantik kan? Maliau Basin terletak 190 kilometer dari Tawau, iaitu di area Kalabakan. Tak jauh tu, lebih kurang 2-3 jam perjalanan saja. Tempat ini sangat menarik dan digelar "The Lost World of Borneo".  Tapi sebelum nak masuk Maliau Basin ni, kena dapat kebenaran dari pihak Yayasan Sabah dulu ya. Tak boleh main terjah-terjah saja. Ini untuk keselematan anda semua juga. Okey, apa yang menariknya di Maliau Basin? Salah satu yang best adalah air terjun 7 tingkat yang terdapat di sana. Cuba tengok gambar di bawah ni. Ini salah satu dari air terjun itu, iaitu Giluk Falls.


Cantik tak? kalau tengok secara live lagi la best. Selain air terjun, Maliau Basin juga dipenuhi dengan pokok-pokok hutan hujan yang menjalar tinggi dan spesis tumbuhan dan burung-burung yang unik. Biasanya kalau nak ke sana, boleh ikut pakej group yang ditawarkan oleh syarikat Borneo Nature Tours. Penginapan selama 4 hari 5 malam biasanya hanya menelan belanja sebanyak RM2730 untuk dua orang dewasa. Ini tawaran khas untuk rakyat Malaysia. Kalau pelancong dari luar, lagi mahal. Jadi apa kata ambil kesempatan ini dan lawatlah tempat yang menarik ini. Lagipun dalam negara sendiri kan.

Jadi, apa tunggu lagi. Cuti nanti bawa lah keluarga anda melawat "The Lost World of Borneo" ini. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sentiasa bersedia menunggu kedatangan anda dengan kereta-kereta sewa kami :)


Saturday, 15 June 2013

Tempahan kereta minggu ini full 100%, terima kasih!


Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk. Hampir tak menang tangan kami dibuatnya. Setiap hari ada sahaja permintaan untuk menyewa kereta kami. Dan dah seminggu juga blog ini tak diupdate. Kalau ikutkan hati, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin meng-update setiap hari agar para pembaca & pelanggan di luar sana tahu perkembangan kami sekarang. Tapi apa pun, sebelum itu, kami ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan para pelanggan-pelanggan yang telah menyewa kereta dengan kami. Sokongan anda semua membuatkan kami semakin bersemangat untuk menyediakan perkhidmatan yang paling terbaik untuk anda semua.

Untuk makluman juga, Kereta Sewa Tawau J3 telahpun menambah unit kereta sewa kami bagi menampung permintaan yang semakin tinggi. Sekali lagi, terima kasih pada anda semua yang telah memungkinkan semua ini. Tanpa anda semua, siapalah kami. Cukuplah input kami pada hari ini, semoga kita berjumpa lagi di update yang akan datang :)

Monday, 10 June 2013

11 Perkara Yang Penyewa Kereta Tidak Boleh Lakukan




Kereta yang disewa TIDAK BOLEH digunakan sebagai "kereta sapu" atau kenderaan pengangkut barang (berbayar).

Kereta sewa TIDAK BOLEH membawa lebih penumpang dari jumlah penumpang yang dibenarkan dalam undang-undang Negara Malaysia. (cthnya kancil, wira had 5 orang penumpang).

Kereta sewa TIDAK DIBENARKAN membawa lebihan muatan melebihi kapasiti yang mampu dibawa oleh kereta. (cthny kancil tidak boleh membawa penumpang+muatan melebihi 500kg).

Kereta sewa TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI membawa serta meletakkan barang & penumpang diluar dari badan kenderaan, cthnya seperti diatas bumbung kereta.

Kereta sewa TIDAK BOLEH digunakan untuk "tow" atau tarik kenderaan lain, trailer atau barang berat berlebihan tanpa KEBENARAN BERTULIS dari pihak pemberi sewa.

Kereta sewa TIDAK BOLEH terlibat dengan sebarang aktiviti perlumbaan haram atau perlumbaan sah.

Kereta sewa TIDAK BOLEH digunakan untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara Malaysia seperti merompak, mencuri, menyeludup, menculik, membunuh.

Kereta sewa TIDAK BOLEH dikendalikan dalam apa jua keadaan yang cuai dan merbahaya, cthnya memandu dalam keadaan mabuk, memandu dengan laju atau melanggar lampu isyarat.

Kereta sewa sama sekali TIDAK BOLEH dipandu selain daripada orang yang telah menandatangani surat perjanjian untuk menyewa tanpa KEBENARAN BERTULIS dari pemberi sewa.

Kereta sewa yang terlibat dalam kemalangan semasa dalam tempoh sewaan dan di mana kemalangan itu disebabkan 100% oleh kecuaian penyewa, maka segala kos pembaikan kereta tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa.

Kereta sewa yang dikenakan saman semasa dalam tempoh yang disewa oleh penyewa kereta sewa; saman itu akan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa kereta sewa tanpa ada liabiliti kepada pihak yang memberi sewa.