Wednesday, 17 June 2015

Kereta Sewa Pandu Sendiri Di Tawau

Kereta Sewa Pandu Sendiri Tawau


Lama betul kami tidak membuat post di blog ini. Sebulan lebih juga kan. Tak apa, kini kami kembali lagi dengan edisi kereta sewa pandu sendiri di Tawau. Ada sebabnya kenapa kami memilih tajuk ini. Bukan sebab untuk SEO atau dah tak ada benda lain nak dicakap.

Umum tahu yang kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Tawau. Perkataan Tawau itu memberi maksud yang jelas bahawa kami menyediakan perkhidmatan ini di TAWAU dan bukannya di Kota Kinabalu misalnya ataupun di Keningau. Semenjak kami memulakan perkhidmatan kereta sewa ini sudah ramai yang menyewa kereta kami sehingga ke Keningau dan paling jauh ke Kudat. Adakah kami membenarkan?

Kalau anda perasaan, banyak syarikat kereta sewa yang tidak membenarkan kereta sewa mereka di bawa keluar dari ruang lingkup perkhidmatan mereka. Contohnya, syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu pasti tidak ingin anda menyewa dan membawa kereta mereka sehingga ke Tawau. Dan bukan di negeri Sabah ini sahaja yang begitu, syarikat-syarikat kereta sewa yang lain di seluruh Malaysia pun rasanya hampir semua tidak membenarkan kereta mereka dibawa keluar kawasan.

Masa mula-mula berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa ini, kami langsung tidak kisah kalau kereta hendak di bawa ke mana sahaja pun, janji dijaga dengan baik. Tapi biasalah, pengalaman banyak mengajar dan pengalaman itulah juga yang menunjukkan bahawa tindakan kami membenarakn kereta kami di bawa jauh keluar dari Tawau  itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan memakan diri sendiri.

Kenapa? Bayangkan kami pernah mendapat panggilan dari Keningau meminta kami menghantar kereta ganti. Kereta kami yang disewa itu tidak boleh hidup dan mati di tengah jalan. Bayangkan perasaan kami, Keningau bukannya dekat, tapi sudah melebihi 500km dari Tawau. Tapi kami berusaha mencari no telefon bengkel terdekat dan meminta bantuan mekanik di sana pergi melihat kereta kami. Rupanya kereta itu tidak boleh hidup kerana sudah over-heat. Kereta malang itu telah dipandu tanpa henti dari Kalabakan-Tawau-Semporna-Lahad Datu-Sandakan-Telupid-Ranau-Kota Kinabalu-Keningau. Kereta kancil lagi tu. Kami terfikir, kenapa lah ada orang boleh melakukan perkara seperti itu. Yang paling bagus, penyewa boleh pula marah-marah. Kalau fikir logik, sepatutnya kami yang marah. 

Selain dari itu, ada juga yang memang cuai semasa memandu, main lajak saja. Apa lubang pun depan mata main langgar saja. Bila sudah begitu dan dibawa long-distance lagi dan non-stop lagi, Lamborghini pun boleh rosak bhai. Atas dasar itu, sekarang kami hanya menyediakan kereta sewa pandu sendiri untuk Tawau sahaja. Kalau pergi Semporna atau Lahad Datu kami boleh terima lagi, tapi itupun dengan syarat, sekiranya terjadi apa-apa semasa anda menyewa kereta itu, tanggungjawab anda adalah 100% ke atas kereta itu. Dan sekiranya kami dapati kereta kami dipandu melebihi ruang lingkup yang dibenarkan (keluar dari Lahad Datu), kami akan mengenakan penalti ke atas anda, iatu RM2 setiap kilometer pergi dan balik. 

Jadi kami harap anda semua faham kenapa kami buat apa yang kami buat ini.Pengalaman banyak mengajar kami dan kami pun sudah cukup-cukup menanggung kerugian bila kereta kami selalu sahaja rosak bila di bawa jauh dengan begitu cuai sekali. Kami memang tidak menggalakkannya. Kalau sewa sekitar daerah Tawau ini sahaja, memang cukup dialu-alukan. Lagipun, sekiranya terjadi apa-apa, kami boleh pergi membantu dengan kadar yang segera. Anda senang, kami pun senang. Jadi tunggu apa lagi? sekiranya anda memerlukan kereta sewa pandu sendiri yang paling murah di daerah Tawau, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359. Terima kasih ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Latitude/Longitude: 4.251975, 117.899459

Friday, 15 May 2015

Kenapa Kami Perlu Mengenakan Caj Airport


Kenapa kami di Kereta Sewa Tawau J3 perlu mengenakan caj airport? Sebelum menjawab persoalan tersebut, cuba perhatikan printscreen di atas. Antara yang tertulis di info Airport Tawau adalah ianya terletak 31 kilometer dari bandar Tawau. Untuk makluman, 31 Kilometer bukanlah satu jarak yang dekat. Untuk pergi ke sana akan mengambil masa paling sekejap pun 30 minit. Itu adalah faktor utama mengapa Kereta Sewa Tawau J3 perlu mengenakan caj sebanyak RM30 itu. Ini kami paparkan google maps yang secara terperinci memberi details mengenai jarak dan masa yang diperlukan untuk pergi ke airport Tawau dari bandar Tawau. Sila klik untuk besarkan gambar. 



Mungkin ada yang akan mempertikaikan, kenapa tempat car rental lain di Tawau tak ada pun kenakan airport charge. Ok, begini untuk makluman, mungkin kos airport itu sudah dimasukkan ke dalam jumlah sewa mereka. Cuba ambil contoh kereta Proton Saga BLM. Di car rental X, kalau anda sewa 3 hari, jumlah sewa adalah RM150x3 = RM450. Kalau di Kereta Sewa Tawau J3, Proton Saga BLM hanya RM90/hari kalau anda sewa 3 hari dan ke atas. Jadi kalau 3 hari, jumlahnya adalah RM90x3 = RM270. Tambah airport charge RM30, jumlahnya baru RM300 sahaja. Nampak tak beza tu.


Jadi kami mohon agar para pelanggan faham kenapa kami perlu masukkan caj airport tersebut. Sekurang-kurangnya kami dapat cover kos turun-naik airport Tawau yang jauhnya 31 kilometer itu bagi menghantar kereta untuk anda. Sewa kereta yang kami kenakan pun sudah cukup murah, dan memang yang paling murah di Tawau. Sekiranya kos airport pun kami terpaksa tanggung maka tak lama lagi gulung tikar lah kami ni. Anda juga yang rugi nanti. Apa pun kami tahu ramai pelanggan kami yang sangat faham berkenaan mengenai hal ini kerana mereka pun sudah melakukan survey harga kereta sewa di Tawau sebelum confirm booking kereta sewa dengan kami. Trimas kami ucapkan. Diharapkan penjelasan ringkas ini dapat membantu mereka-mereka yang lain yang belum faham lagi. Apa pun yang paling penting, kalau mahu dapatkan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau ini, jangan lupa hubungi kami di 014-9669-359. Confirm dilayan bah kalau kau ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Sunday, 3 May 2015

Hubungi Kereta Sewa Tawau J3 Di Talian 014-9669-359

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Syukur lah, kini kami di Kereta Sewa Tawau J3 boleh dihubungi semula di talian 014-9669-359. Terima kasih kepada service provider kami. Buat rakan-rakan dan pelanggan-pelanggan kami yang dihormati, kini anda semua boleh menghubungi kami seperti biasa di talian rasmi kami iaitu 014-9669-359. Terima kasih juga pada pelanggan yang telah menghubungi kami di talian sementara kami semasa talian kami telah di block buat sementara waktu beberapa hari yang lepas. Syukurlah kerana  semua pelanggan yang telah membuat booking telah membaca notis talian sementara yang telah kami post baru-baru ini. Terima kasih semua. Dan seperti biasa, kalau mahu sewa kereta yang paling murah di Tawau, jangan lupa hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 ok. No hp kami 014-9669-359 ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Friday, 1 May 2015

Talian Sementara Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Disini ada makluman penting yang ingin kami sampaikan. Bermula dari jam 9.30 mlm ini, talian sementara Kereta Sewa Tawau J3 adalah 013-5499-359. Untuk pengetahuan semua, HP kami telah dicuri pada pagi tadi. Laporan polis telahpun dibuat di Balai Polis Tawau. Dan kami juga telah menghubungi service provider kami untuk menyekat no hp rasmi kami 014-9669-359 buat sementara waktu. Ini bagi mengelakkan pencuri yang mengambil HP kami dari menyalahgunakan nombor berkenaan untuk tujuan yang tidak baik.

Sekiranya ada yang telah membuat tempahan kereta sewa dengan kami dalam masa yang terdekat ini, mohon hubungi kami di talian sementara kami di 013-5499-359. Kami memohon maaf kerana tidak mempunyai back-up bagi nombor-nombor telefon pelanggan kami semua. Itu silap kami. Jadi kami amat berharap agar yang telah membuat tempahan sila hubungi kami segera di talian 013-5499-359. Bagi yang ingin menempah kereta sewa juga kami mohon agar anda semua dapat menghubungi talian sementara kami untuk membuat tempahan. 

Kami akan memaklumkan serta merta sekiranya pihak service provider kami telah menggantikan simkad kami dan seterusnya mengaktifkan semula talian asal kami iaitu 014-9669-359. Memandangkan HP pun dicuri pada hari cuti yang panjang, jadi kami menjangkakan talian akan kembali pulih seperti biasa pada hari Selasa minggu hadapan. Apa pun, kami akan buat pengumuman rasmi di laman blog ini nanti. Terima kasih atas perhatian anda semua.


Friday, 24 April 2015

Tiada lagi kereta sewa bulanan

Kereta Sewa Tawau Car Rental
Untuk makluman semua, bermula 24 April 2015 tiada lagi perkhidmatan kereta sewa secara bulanan dari Kereta Sewa Tawau J3. Keputusan ini diambil setelah mempertimbangkan pro dan kontra perkhidmatan ini kepada kami sebagai penyedia kereta sewa. Untuk makluman, amat ramai yang menyewa kereta bulanan dengan kami sejak kami mula berjinak-jinak di dalam perniagaan sewa kereta ini. Niat kami adalah membantu mereka yang benar-benar memerlukan kereta dalam jangkamasa yang lama pada kadar yang amat rendah. 

Tapi yang menyedihkan, ramai di kalangan penyewa bulanan ini telah menggunakan kereta dengan tidak berhati-hati. Bila dikembalikan, kereta berada dalam keadaan yang teruk. Calar, rim bengkok, bumper pecah adalah diantara keadaan kereta yang kami dapat setelah dipulangkan. Paling menyedihkan, penyewa-penyewa ini langsung tidak membayar ganti-rugi pada kami. Sudahlah disewakan dengan murah, kadar pembaikan pula melebihi kadar sewa yang diberi. Jadi kami berada di kedudukan yang amat rugi sekali. Niat hendak membantu, tapi diambil kesempatan pula.

Oleh itu, bermula dari hari ini, kami tidak akan memberi perkhidmatan kereta sewa secara bulanan lagi. Jika ada penyewa yang hendak menyewa dalam tempoh yang lama, setiap seminggu kereta mesti dihantar pada kami untuk pemeriksaan dan rate sewa pula adalah dikira pada kadar harga melebihi tujuh hari. Walaupun rate dikira pada kadar 7 hari ke atas, jangan risau, kadar kami tetap yang paling murah di seluruh Tawau. Harap semua penyewa kereta di luar sana dapat memahami situasi kami. Perkhidmatan kereta sewa secara harian berjalan seperti biasa. Cuma sewa bulanan saja yang kami hentikan. Oleh itu, sekiranya anda semua berminat mahu sewa kereta secara harian dengan kadar yang paling murah di seluruh Tawau, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Terima kasih atas sokongan anda semua.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau


Sunday, 29 March 2015

Info Saman dari Kereta Sewa Tawau J3

Pada kali ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsi mengenai info saman dan kompaun kepada rakan-rakan sekalian. Untuk makluman, pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM & JPJ berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay. Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2013.

Info saman Kereta Sewa Tawau J3
Info saman Kereta Sewa Tawau J3
Info saman Kereta Sewa Tawau J3
Info saman Kereta Sewa Tawau J3

Semoga info ini bermanfaat untuk rakan-rakan semua dan juga bermanfaat kepada bakal-bakal penyewa kereta kami. Untuk makluman, kami di Kereta Sewa Tawau J3 amat menggalakkan pemanduan yang berhemat dari kesemua penyewa-penyewa kereta kami. Ini kerana, dengan pemanduan yang berhemat, anda semua akan bebas dari dikenakan saman. Sekiranya anda dikenakan saman semasa menyewa kereta dengan kami, maka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menjelaskan saman berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai saman dan kompaun, rakan-rakan semua boleh merujuk terus ke Laman Interaktif Trafik PDRM. Sama-samalah kita menjadikan jalanraya di negara kita sebagai sebuah tempat yang selamat untuk kita semua. Jauhi lah diri dari melakukan kesalahan lalulintas yang boleh membahayakan diri sendiri dan juga diri orang lain di Jalanraya. Pandu cermat, jiwa selamat dan bebas saman ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau


Monday, 9 March 2015

Riang Ria Cuti Sekolah Bersama Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau J3, hubungi 014-9669-359


Tidak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Kalau nak dikira, hanya tinggal 4 hari persekolahan saja lagi. Umum mengetahui, cuti sekolah adalah antara cuti yang paling ditunggu-tunggu. Kenapa? Ini kerana ramai yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah kan? Kali ini kami mahu mengajak anda semua untuk menerokai riang ria cuti sekolah bersama kami di Kereta sewa Tawau J3.

Seperti kebiasaan, bila cuti sekolah sahaja maka kami akan kehabisan kereta. Ramai betul orang yang pulang kampung time cuti sekolah kan. Antaranya adalah untuk mengunjungi keluarga ataupun untuk menghadiri perkahwinan keluarga dan kawan-kawan. Kalau yang bekerja di Semenanjung atau Sarawak, memang jenuh lah juga kalau mahu bawa balik kereta ke Tawau ni pada musim cuti ni kan. Macam tak logik pun ada juga. Tapi jangan khuatir, walaupun tidak dapat membawa kereta balik Tawau, tapi anda semua tetap boleh jalan-jalan di Tawau dengan menyewa kereta dari kami. Rate murah-murah saja, jangan risau.

Tapi jangan lambat-lambat booking ya. Maklum lah, memang orang berebut mau pakai kereta time cuti-cuti ni. Jadi jangan ketinggalan. Untuk membuat tempahan atau booking kereta sewa dengan kami memang mudah saja. Hubungi kami terus di talian 014-9669-359. Pun begitu, ini pesanan kami untuk anda. Kalau panggilan anda tak dijawab, maksudnya kami tengah on-the-road lah tu. Jadi harap anda semua boleh tinggalkan pesanan melalui sms/whatsapp. Kami akan membalas mesej anda selaju yang mungkin. Kami janji. Jadi tunggu apa lagi??? Kalau anda mahu pakai kereta di musim cuti nanti ataupun pada bila-bila masa sahaja, hubungi kami sekarang. Konfirm dilayan bah kalau kau ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau