Friday, 3 October 2014

Harga Minyak Naik, Sewa Kami Tetap Murah

Kereta Sewa Tawau Tetap Murah


Harga minyak dah naik, tapi sewa kereta kami tetap yang paling murah di Tawau. Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah menaikkan harga minyak petrol RON95 dari RM2.10 kepada RM2.30. Perkara ini telah merisaukan hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kami yang berada di Tawau ni. Risau betul harga barang akan naik.

Disebalik kerisauan itu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin memaklumkan kepada anda semua yang kami sama sekali tidak akan menaikkan kadar kereta sewa kami. Sewa kami tetap yang paling murah di seluruh Tawau. Jadi anda semua tidak perlu risau. Sewa lah kereta dengan kami dengan hati yang senang. 

Kadar caj penghantaran ke airport Tawau juga tidak akan kami naikkan. Kadarnya tetap sama. Pokok pangkalnya, kenaikan harga minyak petrol RON95 ini tidak membawa apa-apa kesan kepada tawaran harga kami kepada anda semua. Jadi sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di Tawau, jangan segan jangan malu. Hubungi kami dengan kadar segera ya. Terima kasih :)

Tempah kereta sewa anda sekarang: 
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)


Wednesday, 24 September 2014

Van Sewa Terbaik Di Tawau (tips memandu di dalam)

Pernahkah anda memandu sebuah van sewa sebelum ini? Selain kereta dan MPV, Kereta Sewa Tawau J3 juga menyediakan van sewa yang terbaik pada kadar sewa yang amat rendah di daerah Tawau.

Van sewa murah di Tawau


Jika anda datang ke Tawau dengan sekumpulan lebih dari 8 orang, anda boleh mempertimbangkan sebuah van sewa sebagai pilihan yang lebih murah daripada menyewa dua atau tiga kereta sedan. Tetapi sesetengah orang mungkin akan berasa seram sejuk bila memikirkan akan memandu sebuah van. Jadi di sini kami menyediakan beberapa tips tentang bagaimana anda dapat memandu sebuah van dengan hati yang tenang. Silakan membaca :) 

Pengalaman kali pertama memandu van sewa untuk sesiapa sahaja boleh menjadi satu pengalaman yang berbeza dan juga boleh menjadi mimpi ngeri. Van tidak dikendalikan seperti SUV atau MPV atau bahkan sperti sebuah kereta sedan. Van sewa anda lebih panjang, lebih tinggi, dan mempunyai "sightlines" yang berbeza daripada kenderaan biasa. Ini tidak bermaksud bahawa anda patut takut memandu sebuah van sewa, ia hanya menunjukkan bahawa anda hanya perlu memahami beberapa perkara mengenai cara untuk memandu van sebelum anda duduk di tempat pemandu. 

Cermin van anda adalah "kawan baik" anda 
Semakin besar van, makin besar lagi "blind spot" anda. Untuk mengecilkan zon bahaya ini di sekitar van anda, luangkan sedikit masa menyesuaikan cermin anda. Banyak van tidak mempunyai cermin belakang. Jika ini berlaku, anda akan bergantung sepenuhnya pada cermin sisi anda. Pastikan cermin ini diselaraskan dengan betul. Ingat, jika anda melihat 70% badan van anda sendiri dalam cermin sisi, cermin sisi anda mungkin tidak berada dalam kedudukan yang betul. Cermin digunakan untuk melihat jalan raya, bukan kenderaan anda. 

Perkara yang patut dipertimbangkan semasa berada di atas jalan 
Sebaik sahaja anda berada dalam tempat duduk pemandu, dan anda lihat van sewa anda sarat dengan barangan atau penumpang, anda mesti ingat sekali lagi, van tidak dikendalikan seperti kereta sewa yang lebih kecil. Van biasanya lebih berat. Terutama sekali apabila ianya sarat dengan penumpang dan barang dagangan, ini menunjukkan yang van perlu lebih banyak masa untuk berhenti apabila anda menekan brek. Jadi pastikan anda mempunyai jarak pemanduan yang selamat daripada kenderaan yang berada di hadapan van anda. Jangan pernah berfikir untuk "tailgating" apabila anda memandu sebuah van. Ia sangat merbahaya. 

Parking Van anda 
Pertama sekali, memarkir van anda adalah serupa dengan memarkir kereta anda yang lebih kecil. Anda, bagaimanapun patut peka dengan persekitaran anda. Perlu diingat, van sewa anda lebih panjang daripada kenderaan yang lain, anda perlu lebih berhati-hati. Jika boleh, minta bantuan daripada penumpang dalam van anda untuk membantu anda memarkir van anda. Jika anda memarkir van di garaj, pastikan ketinggian garaj adalah lebih besar daripada ketinggian van. 

Pastikan Penumpang/Barangan yang Anda bawa Selamat 
Van kargo dan van sewa yang besar adalah bertujuan untuk membawa dan memindahkan individu dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekiranya anda membawa banyak barang, ia adalah penting untuk memastikan barang-barang anda dilindungi dengan selamat. Pastikan barang-barang yang "fragile" diletakkan dengan kukuh agar tidak terjatuh, terguling dan terhempas apabila berada di dalan van. Ianya pasti akan membawa kos yang mahal dan boleh membawa bahaya. Begitu juga, jika van sewa anda membawa sekumpulan penumpang seperti rakan-rakan, keluarga dan lain-lain, pastikan bahawa semua orang memakai tali pinggang keledar mereka. Selalunya, pelancong dalam bas dan van penumpang yang besar mempunyai rasa selamat yang palsu akibat dimensi kenderaan. Mereka berasa yang mereka adalah selamat berada dalam kenderaan yang besar berbanding kenderaan yang kecil. Ia masih penting untuk memakai tali pinggang keledar anda dalam sebuah van. 

Memandu van sewa adalah mudah dan selamat, selagi anda sedar bahawa van mempunyai cara kendalian yang berbeza berbanding kenderaan biasa. Jika anda sedang mencari untuk van sewa bajet pada harga yang murah dan rendah di Tawau, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di 014-9669-359. Kami menyediakan van bajet yang terbaik di daerah Tawau. Hanya di Kereta Sewa Tawau J3 :)

kereta sewa tawau car rental

Wednesday, 10 September 2014

Sewa Kereta Untuk Percutian Di Tawau

sewa kereta untuk percutian di Tawau


Mahu sewa kereta untuk percutian anda di Tawau? Aktiviti percutian adalah aktiviti yang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika aktiviti bercuti itu adalah bersama keluarga atau orang yang kita sayangi, tentunya aktiviti kita akan terasa lebih menyenangkan. Akan tetapi jika kita bercuti menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tentunya tidak akan menyenangkan dan sangat memenatkan. 

Ada baiknya kita menggunakan kereta sendiri, namun sebahagian besar kita tidak suka memandu kereta sendiri kerana kos maintenanance yang mahal kalau pergi memandu jauh dan berbagai macam hal yang lain. Nah penyelesaian dari kami adalah menyewa kereta di syarikat kereta sewa. Perkhidmatan kereta sewa yang bagaimana yang harus anda pilih? Berikut tipsnya: 

1. Carilah syarikat kereta sewa yang berlesen dan berpengalaman di bidang penyewaan kereta sewa. 

2. Mintalah rujukan syarikat kereta sewa / car rental yang baik dan profesional dari sahabat, teman atau keluarga. 

3. Cari di internet mengenai perkhidmatan kereta sewa atau car rental service kerana ada beberapa syarikat yang sudah mempunyai laman web / website yang tersendiri. 

4. Selalu memperhatikan jenis kereta yang akan anda sewa, jika anda ingin pergi bersama keluarga sebaiknya anda menyewa kereta keluarga seperti kereta Avanza, Unser, Alphard dan juga van. 

5. Periksa enjin kereta yang akan anda sewa, hal ini di lakukan untuk keselamatan dan keselesaan anda bersama keluarga. 

6. Jika anda memutuskan menggunakan perkhidmatan pemandu ada baiknya anda pastikan pemandu tersebut mempunyai track record yang baik dari segi jasmani dan rohani. 

7. Pastikan kereta sewa yang anda sewa itu mempunyai road-tax dan insurans yang belum tamat tempoh.


Demikian lah tips ringkas dari kami di Kereta Sewa Tawau, semoga bermanfaat untuk anda semua. Dan sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, sila hubungi kami di 014-9669-359. Terima kasih.

Friday, 29 August 2014

Merdeka Bersama Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Tahun ini mari sambut merdeka bersama Kereta Sewa Tawau J3. Boleh? Ya, tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 buat negara kita Malaysia. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari kemerdekaan kita ini. Sepanjang bulan merdeka ini kami rajin membelek buku dan internet bagi memahami erti merdeka ini. Beratus tahun dijajah, akhirnya pada tahun 1957 kita merdeka. Kami sangat menghargai keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini.

Sama-sama lah kita menjaga negara yang kita sayangi ini. Tidak perlulah kita mencontohi negara lain yang asyik berperang, berbunuh dan saling membenci antara satu sama lain. Kita di Malaysia adalah saudara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan pangkat. Kita 1 Malaysia kini dan selamanya, forever! 

Sepanjang bulan merdeka ini juga rezeki kami tak pernah putus. Tanpa negara yang aman damai, kami pasti susah mencari rezeki. Jadi kami amat menghargai apa yang kita ada sekarang. Buat pengunjung yang bakal datang ke Tawau pada hari merdeka nanti, selamat datang kami ucapkan. Kami tahu ramai yang datang kerana bakal melangsungkan perkahwinan sempena hari merdeka nanti. Betul kan? Seperti biasa, kalau anda semua memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sedia membantu anda. Akhir kata, Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Thursday, 14 August 2014

7 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsi 7 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start. Bagi pemandu kereta, ada satu masalah yang paling kita takuti bila drive kereta. Mati enjin. Rasanya semua orang yang drive kereta pernah terkena masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, enjin pula tak mahu hidup. Puas tekan minyak dan pusing kunci, enjin masih juga tak mahu hidup. Stress kan? Last-last terpaksa telefon kawan minta tumpang. Jadi di bawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa enjin kereta anda tidak boleh start. Silakan membaca.



Kereta Sewa Tawau J3

1. Bateri kereta kong
Ini merupakan punca no 1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Itu maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecaj dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk start enjin. Jadi sila tukarkan bateri anda dengan segera. 



Kereta Sewa Tawau J3

2. Kabel bateri kotor
Bila start saja enjin, langsung tak ada bunyi. crank.. crank.. tak ada, bunyi klik pun tak ada. Ok, ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan power dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.



Kereta Sewa Tawau J3

3. Spark plug rosak
Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... lampu semua menyala, tapi enjin tak juga hidup-hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite. Jadi jangan panik, telefon mekanik dan suruh mereka tukar spark plug. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa slow dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda. 



Kereta Sewa Tawau J3

4. Starter rosak
Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start. Ya lah, starter kan sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.



Kereta Sewa Tawau J3

5. Fuel filter tersumbat
Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Kereta Sewa Tawau J3

6. Fuel pump rosak
Ini lebih kurang macam sebab no.5 di atas, cuma kosnya pembaikannya lebih besar. Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.



Kereta Sewa Tawau J3

7. Minyak kereta habis
Percaya atau tidak, ramai pemandu yang tidak alert langsung dengan level minyak kereta mereka. Mereka memandu dengan penuh riang tiba-tiba kereta stop. Bila nak start balik, tak dapat. Kami pernah di telefon oleh penyewa kereta dan mereka mengatakan kereta yang mereka sewa tak boleh start. Bila kami tiba di sana dan memeriksa kereta tersebut, rupa-rupanya minyak tiada. Macam mana kereta mahu start enjin  kereta kalau tiada minyak kan? Jadi kehabisan minyak kereta juga adalah antara sebab kenapa enjin kereta anda tidak boleh start.

Tuesday, 5 August 2014

Kami Ada Hadiah Istimewa Untuk Anda Semua!


Ebook Percuma Kereta Sewa Tawau J3


Hello semua, kami ada hadiah istimewa untuk anda!. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, keadaan dah mula kembali normal, tiada lagi keadaan jem yang luarbiasa. Maklum la, ramai orang yang sudah mula bekerja semenjak kelmarin. Murid-murid sekolah pun sudah mula bersekolah seperti biasa.

Di hari selasa ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah ebook mengenai tempat-tempat yang menarik di Tawau. Anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dari kami untuk anda semua. Biasanya kalau orang datang ke Tawau, tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar Gantung sahaja. Ramai sebenarnya yang menganggap Tawau ini tiada tempat menarik dan sangat membosankan berbanding Semporna.

Atas dasar itu kami dengan berbesar hati ingin berkongsi ebook ini secara PERCUMA kepada semua. Di dalam ebook ini ada tersenarai 9 tempat yang sangat-sangat menakjubkan. Anda mungkin tidak sangka ada tempat yang sebegini istimewa di Tawau.

Ebook ini sangat sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang bercadang hendak bercuti di Tawau. Bagi yang ada urusan kerja di Tawau juga boleh membaca buku ini. Mana tahu di masa lapang nanti anda boleh pergi melawat salah satu tempat yang disebutkan di dalam ebook ini. 

Pasar Tanjung dan Pasar Gantung memang tarikan yang paling utama di Tawau. Tapi 9 tempat yang disebutkan di dalam ebook ini juga tidak kalah hebatnya. Jadi tunggu apa lagi, sila download ebook yang hebat ini di  link  yang berikut. Percuma sahaja. https://www.dropbox.com/s/gheuu0as7kfedjg/Tawau%20Ebook.pdf jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai ebook ini dengan kami nanti ya. Selamat membaca!

Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya Warga Tawau!

Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3
Selamat Hari Raya Dari Kereta Sewa Tawau J3

Selamat Hari Raya warga Tawau! Kini kita telah pun berada di Hari Raya ke-2. Di kesempatan ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Tawau dan juga seluruh warga Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan kepada anda semua.

Seperti hari raya yang terdahulu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 pada tahun ini memang amat sibuk sekali. Biasalah kalau hari raya, tempahan dan permintaan untuk kereta sewa memang sangat tinggi. Hampir setiap minit telefon akan berbunyi bertanyakan tentang kereta sewa. Untuk makluman, tempahan kereta sewa pada musim perayaan dan juga hari raya akan kami buka sebulan sebelum hari raya tiba. Jadi bila sudah dekat-dekat hari raya, memang kereta sewa sudah habis. Dalam erti kata lain, sudah fully booked.

Ramai yang sangat kecewa bila kami katakan kami sudah tiada kereta sewa yang boleh diberikan. Tapi apa boleh buat. Kami pun terkilan kerena tidak dapat memenuhi keperluan anda semua di musim perayaan ini. Oleh itu kami sangat berharap di tahun depan kami akan ada lebih banyak kereta sewa untuk memenuhi keperluan anda. Dan kalau boleh, sila lah buat tempahan awal untuk musim perayaan tahun hadapan. 

Untuk makluman, kereta kami sudah habis semuanya pada saat ini, iaitu hari raya ke-2. Kami hanya akan ada kereta yang available pada hari raya ke-6 nanti. Terima kasih kepada yang telah menyewa kereta dengan kami sepanjang musim perayaan tahun ini. Semoga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Akhir kata, sekiranya ada silap dan salah kami sepanjang tahun ini, kami memohon berbanyak-banyak maaf. Bak kata iklan televisyen kosong-kosong yeaa. Selamat Hari Raya Semua :)