Saturday, 28 November 2015

Kereta Sewa di Tawau Musim Cuti Ini

Kereta Sewa Tawau di musim cuti

Selamat bercuti! Nikmati percutian anda dengan gembira dan biar kami sediakan kereta sewa yang best sepanjang anda berada di Tawau musim cuti ini. Sekarang kita sedang berada di minggu pertama cuti persekolahan. Seperti biasa, ramai yang membawa anak-anak bercuti pada masa ini. Berdasarkan rekod sewaan kereta kami pada minggu ini, bolehlah kami katakan memang ramai orang datang ke Tawau kali ini.

Ada yang datang bercuti, ada yang datang untuk melangsungkan perkahwinan dan ada juga yang balik kampung masing-masing di Tawau. Untuk makluman, kereta sewa J3 sentiasa fully booked sejak hari pertama cuti bermula. Kami menerima begitu banyak tempahan, samada last minute ataupun yang tak berapa last minute. Dan ramai sangat yang telah kami reject kerana tidak cukup kereta. Rasanya kami patut menambah bilangan kereta sewa kami kan?

Apa pun, kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan cuba sedaya upaya cover semua tempahan yang kami terima. Kami faham ramai yang memerlukan kereta sewa pada harga yang mampu dibayar. Biarlah kadar bayaran kereta sewa hanya menjadi sebahagian peratusan yang kecil bagi perbelanjaan percutian anda. Pada yang bakal datang dua tiga minggu akan datang, kami mohon buatlah tempahan kereta sewa anda sekarang. Jangan tunggu sehingga last minute.

Rancang percutian dan tempah kereta sewa anda sekarang bagi memastikan pogram percutian anda berjalan dengan lancar. Untuk tempahan paling pantas, sila klik butang tempahan online di laman blog ini. Selain dari itu, anda juga boleh membuat tempahan dengan menghubungi kami di talian 014-9669-359. Okey lah, selamat bercuti semua dan semoga gembira di samping keluarga ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 17 November 2015

Tempat Menarik di Tawau

Tawau Car Rental at Tawau Hill Park

Ada banyak tempat menarik di Tawau, antaranya adalah Taman Bukit Tawau (juga dikenali sebagai Tawau Hill Park atau Table). Bagi pencinta alam, Taman Bukit Tawau adalah satu tempat yang wajib dilawati. Kawasan ini merupakan kawasan 100% flora dan fauna, dan tidak tercemar dengan pembangunan. Berbanding dengan Maliau Basin dan Lembah Danum, kos untuk melawat Taman Bukit Tawau adalah jauh lebih murah. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Pemegang Mykad 18 tahun ke bawah : RM1.00
Pemegang Mykad 18 tahun ke atas : RM3.00
Warganegara asing 18 tahun ke bawah: RM6.00
Waganegara asing 18 tahun ke atas: RM10.00

Jadi apa yang menarik sangat di Taman Bukit Tawau? Salah satu sebab kenapa begitu ramai orang pergi ke sana adalah untuk berkelah di kawasan sekitar air terjunnya yang amat cantik dan memukau pandangan mata.

Air Terjun Taman Bukit Tawau
 

Cantik kan? Bukan setakat air terjun ini saja yang cantik, tapi setiap langkah menuju ke pusat air terjun ini anda pasti akan dihidangkan dengan pemandangan yang hijau dan nyaman. Tapi, hati-hati ketika melangkah ya, ini kerana di sepanjang jalan Taman Bukit Tawau, ada kawasan yang banyak lintah. Kalau boleh, pakai lah stoking yang panjang bagi mengelakkan lintah-lintah ini melekat di kulit anda. 

Pokok tropika tertinggi di dunia

Selain daripada air terjun yang cantik dan keindahan flora, Taman Bukit Tawau juga sangat terkenal kerana merupakan "rumah" bagi pokok tropika yang tertinggi di dunia. Ketinggian pokok ini mencecah 88.34 meter dan mempunyai akar gergasi yang sangat besar. Sudah ramai pelancong dari dalam dan luar negera yang ber-selfie dan ber-wefie di depan pokok ini. Anda bila lagi?

Untuk pergi ke Taman Bukit Tawau, anda boleh menaiki teksi dengan bayaran RM30 (sehala). Memandangkan tempat ini agak jauh dari bandar, jadi memang tidak ada pengangkutan awam berjadual yang masuk ke sana. Sekiranya naik teksi, pastikan anda membuat janji dengan pemandu teksi untuk mengambil anda semasa pulang.

Selain teksi, anda juga boleh menyewa kereta. Untuk mendapatkan kereta sewa bajet bagi membawa anda ke Taman Bukit Tawau, boleh hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami menawarkan pelbagai jenis kereta untuk kemudahan anda seisi keluarga. Rate sewa dijamin murah. Jika berminat naik kereta sewa ke Taman Bukit Tawau, sila dail 014-9669-359 ataupun klik butang tempahan di atas untuk membuat online booking dengan pantas.

Apa pun cara pengangkutan yang anda pilih, jangan sampai terlepas peluang melawat tempat yang menarik di Tawau ini semasa cuti sekolah nanti. Anda pasti kagum, percayalah.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday, 6 November 2015

Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3

Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, pelanggan merupakan keutamaan. Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 merupakan supporter pada perniagaan kami. Tanpa mereka siapa lah kami. Sudah ramai pelanggan yang menyewa kereta dengan kami dan banyak kenangan juga sepanjang menyediakan perkhidmatan kereta sewa ini, Ada yang pahit, ada yang manis. Ada masa dapat jumpa pelanggan yang bertanggungjawab, ada masa juga akan berjumpa pelanggan yang tidak bertanggungjawab. Tapi setakat ini 99% pelanggan kami memang yang terbaik. 

Minggu ini kami dapati begitu ramai yang menyewa kereta dengan kami. Terima kasih kami ucapkan. Majoriti penyewa adalah yang memerlukan kereta sewa untuk urusan kerja. Ada juga yang memerlukan kereta untuk berjalan-jalan di bandar Tawau. Antara penyewa kereta kami pada minggu ini adalah Ms. Daphanie dan Encik Hamzi. Kami sempat menangkap gambar mereka untuk disimpan dalam album pelanggan-pelanggan kami.


Ms. Daphanie (Myvi)


Encik Hamzi (Proton Saga BLM)

Terima kasih kami ucapkan kepada Ms. Daphanie dan Encik Hamzi yang telah memberi sokongan dengan menyewa kereta dari kami. Semoga berpuashati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Bagi yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang murah di Bandar Tawau, and semua boleh tempah kereta sewa secara online di laman blog ini ataupun hubungi kami di 014-9669-359 untuk instant booking. Terima kasih ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 3 November 2015

Kereta Sewa MPV Murah di Tawau

Kereta Sewa MPV Murah Di Tawau


Bukan gimik, tapi kereta Toyota Unser di atas itu merupakan kereta sewa MPV yang paling murah di Tawau. Tiap kali cuti sekolah kami akan cadangkan kereta ini kepada penyewa-penyewa kereta kami. Maklum lah, di musim cuti sekolah biasanya kita tidak travelling alone, selalunya bawa satu keluarga ramai-ramai kan. Kemudian barang pun banyak juga. Itu sebabnya kami selalu cadangkan kereta sewa MPV ini pada semua.

Saiznya besar dan boleh muat 8 orang dewasa. Ruang belakang dan bawah seat belakang juga adalah cukup luas untuk menyimpan barang-barang. Jadi, daripada sewa dua buah kereta sedan, baik sewa MPV ini. Sewanya pun tersangat lah murah. Rate terkini bagi Toyota Unser ini adalah seperti berikut:

1-2 hari = RM180/hari
3-6 hari = RM170/hari
7 hari ke atas = RM160/hari

Buat masa ini kami ada kereta Unser transmisi automatik sahaja. Tapi rasanya orang zaman sekarang lebih suka bawa kereta auto kan. Jadi memang tak ada masalah lah kalau nak drive kereta ni, cuma tekan minyak dan tekan brek sahaja. Tak perlu nak main clutch sampai letih kaki. Biasanya kalau musim cuti sahaja, kereta ni akan jadi rebutan. Jadi kalau berminat mahu tempah kereta ni, jangan kasi lama. Nanti tak dapat.

Untuk menempah kereta sewa MPV yang paling murah di Tawau ni senang saja. Anda semua boleh buat tempahan secara online di blog ni. Lihat butang merah di atas sebelah kanan blog ni? klik sahaja di situ untuk terus membuat tempahan. Selain itu, anda juga boleh emel kami di j3trade.enterprise@gmail.com untuk tempahan. Last  but not least, anda juga boleh menghubungi kami di talian 014-9669-359 (sms/call/whatsapp) untuk booking kereta ini. Jangan tunggu lama-lama. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459