Selamat tahun baru 2015 dan happy new year dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2014. Lagi 2 jam 30 minit kita berada di tahun 2014, tahun yang banyak pahit dan manisnya untuk kita semua. Bagi semua rakyat Malaysia, di tahun 2014 begitu banyak peristiwa sedih terjadi di sepanjang 2014. Tapi banyak juga peristiwa yang boleh membuat kita tersenyum. Yang pastinya di tahun 2014 ni ramai orang yang melangsungkan perkahwinan. Betul kan?
Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, tahun 2014 adalah tahun yang cukup baik. Kereta semakin bertambah, pelanggan setia pun semakin ramai. Dan di tahun ini juga kami telah melebarkan lagi sayap perkhidmatan kami dengan menwarkan servis homestay yang paling murah di seluruh Tawau, iaitu J3 Homestay Tawau. Memang tahun ini tahun yang menyaksikan perkembangan kami sebagai sebuah syarikat kereta sewa yang semakin menjadi pilihan di daerah Tawau ini. Ini tak mampu kami capai tanpa sokongan yang tak berbelah bagi dari anda semua. Terima kasih!
Di tahun 2015 dan seterusnya, kami harapkan syarikat kami akan menjadi semakin maju dan semakin proaktif dalam memberi servis kereta sewa yang murah untuk seluruh warga Malaysia dan luar Malaysia. Kami juga berharap sokongan yang kami terima di sepanjang tahun 2014 akan berterusan hingga ke tahun 2015. Untuk negara Malaysia yang tercinta dan Sabah Tanahairku, semoga semakin aman damai sentosa. Semoga kita semua saling hormat-menghomati, saling bantu membantu tanpa mengira agama, bangsa dan status. Kita 1 Malaysia selamanya. OK?
Selamat Tahun Baru and Happy New Year 2015 dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3 :)
Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com