Friday, 29 August 2014

Merdeka Bersama Kereta Sewa Tawau J3

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Tahun ini mari sambut merdeka bersama Kereta Sewa Tawau J3. Boleh? Ya, tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 buat negara kita Malaysia. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan hari kemerdekaan kita ini. Sepanjang bulan merdeka ini kami rajin membelek buku dan internet bagi memahami erti merdeka ini. Beratus tahun dijajah, akhirnya pada tahun 1957 kita merdeka. Kami sangat menghargai keamanan, keharmonian dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini.

Sama-sama lah kita menjaga negara yang kita sayangi ini. Tidak perlulah kita mencontohi negara lain yang asyik berperang, berbunuh dan saling membenci antara satu sama lain. Kita di Malaysia adalah saudara tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan pangkat. Kita 1 Malaysia kini dan selamanya, forever! 

Sepanjang bulan merdeka ini juga rezeki kami tak pernah putus. Tanpa negara yang aman damai, kami pasti susah mencari rezeki. Jadi kami amat menghargai apa yang kita ada sekarang. Buat pengunjung yang bakal datang ke Tawau pada hari merdeka nanti, selamat datang kami ucapkan. Kami tahu ramai yang datang kerana bakal melangsungkan perkahwinan sempena hari merdeka nanti. Betul kan? Seperti biasa, kalau anda semua memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sedia membantu anda. Akhir kata, Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Thursday, 14 August 2014

7 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Hari ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsi 7 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start. Bagi pemandu kereta, ada satu masalah yang paling kita takuti bila drive kereta. Mati enjin. Rasanya semua orang yang drive kereta pernah terkena masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, enjin pula tak mahu hidup. Puas tekan minyak dan pusing kunci, enjin masih juga tak mahu hidup. Stress kan? Last-last terpaksa telefon kawan minta tumpang. Jadi di bawah ini kami senaraikan 7 sebab mengapa enjin kereta anda tidak boleh start. Silakan membaca.



Kereta Sewa Tawau J3

1. Bateri kereta kong
Ini merupakan punca no 1 kenapa enjin kereta tak dapat hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Itu maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak dapat mengecaj dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk start enjin. Jadi sila tukarkan bateri anda dengan segera. 



Kereta Sewa Tawau J3

2. Kabel bateri kotor
Bila start saja enjin, langsung tak ada bunyi. crank.. crank.. tak ada, bunyi klik pun tak ada. Ok, ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan power dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.



Kereta Sewa Tawau J3

3. Spark plug rosak
Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank... lampu semua menyala, tapi enjin tak juga hidup-hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite. Jadi jangan panik, telefon mekanik dan suruh mereka tukar spark plug. Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa slow dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda. 



Kereta Sewa Tawau J3

4. Starter rosak
Starter berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start. Ya lah, starter kan sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.



Kereta Sewa Tawau J3

5. Fuel filter tersumbat
Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil. Ini masalah kecil sahaja, tapi masalah ini tetap akan membuat kereta anda tidak dapat dihidupkan. Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.



Kereta Sewa Tawau J3

6. Fuel pump rosak
Ini lebih kurang macam sebab no.5 di atas, cuma kosnya pembaikannya lebih besar. Fuel pump berfungsi untuk mengepam minyak dari tangki minyak ke dalam enjin kereta. Bila minyak sudah berada di dalam enjin, barulah spark plug dapat membakar minyak tersebut bagi menggerakkan kereta. Bila pembakaran terjadi barulah kereta boleh bergerak. Sekiranya fuel pump rosak, minyak dari tangki tidak akan dapat dipam masuk ke dalam enjin. Bila tiada minyak, kereta anda tidak dapat dihidupkan.



Kereta Sewa Tawau J3

7. Minyak kereta habis
Percaya atau tidak, ramai pemandu yang tidak alert langsung dengan level minyak kereta mereka. Mereka memandu dengan penuh riang tiba-tiba kereta stop. Bila nak start balik, tak dapat. Kami pernah di telefon oleh penyewa kereta dan mereka mengatakan kereta yang mereka sewa tak boleh start. Bila kami tiba di sana dan memeriksa kereta tersebut, rupa-rupanya minyak tiada. Macam mana kereta mahu start enjin  kereta kalau tiada minyak kan? Jadi kehabisan minyak kereta juga adalah antara sebab kenapa enjin kereta anda tidak boleh start.

Tuesday, 5 August 2014

Kami Ada Hadiah Istimewa Untuk Anda Semua!


Ebook Percuma Kereta Sewa Tawau J3


Hello semua, kami ada hadiah istimewa untuk anda!. Hari ini dah masuk raya yang ke-9, keadaan dah mula kembali normal, tiada lagi keadaan jem yang luarbiasa. Maklum la, ramai orang yang sudah mula bekerja semenjak kelmarin. Murid-murid sekolah pun sudah mula bersekolah seperti biasa.

Di hari selasa ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sebuah ebook mengenai tempat-tempat yang menarik di Tawau. Anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dari kami untuk anda semua. Biasanya kalau orang datang ke Tawau, tempat yang dituju adalah Pasar Tanjung dan Pasar Gantung sahaja. Ramai sebenarnya yang menganggap Tawau ini tiada tempat menarik dan sangat membosankan berbanding Semporna.

Atas dasar itu kami dengan berbesar hati ingin berkongsi ebook ini secara PERCUMA kepada semua. Di dalam ebook ini ada tersenarai 9 tempat yang sangat-sangat menakjubkan. Anda mungkin tidak sangka ada tempat yang sebegini istimewa di Tawau.

Ebook ini sangat sesuai dibaca oleh mereka-mereka yang bercadang hendak bercuti di Tawau. Bagi yang ada urusan kerja di Tawau juga boleh membaca buku ini. Mana tahu di masa lapang nanti anda boleh pergi melawat salah satu tempat yang disebutkan di dalam ebook ini. 

Pasar Tanjung dan Pasar Gantung memang tarikan yang paling utama di Tawau. Tapi 9 tempat yang disebutkan di dalam ebook ini juga tidak kalah hebatnya. Jadi tunggu apa lagi, sila download ebook yang hebat ini di  link  yang berikut. Percuma sahaja. https://www.dropbox.com/s/gheuu0as7kfedjg/Tawau%20Ebook.pdf jangan lupa kongsikan pendapat anda mengenai ebook ini dengan kami nanti ya. Selamat membaca!