Thursday, 17 April 2014

Alphard Dan Kereta Sewa Tawau J3

Alphard ini bukan Kereta Sewa Tawau J3 yang punya


Kami di Kereta Sewa Tawau J3 tiada kaitan dengan kereta Alphard di atas. Kereta Alphard itu merupakan kereta yang membawa mendiang YB Datuk Karpal Singh. Pada hari ini, 17 April 2014, kita semua dikejutkan dengan kematian YB Datuk Karpal Singh akibat kemalangan jalanraya. Yang paling mengejutkan kami di sini adalah keadaan kereta Alphard itu yang hancur berkecai. Memang sangat mengerikan. 

Kereta Toyota Alphard Datuk Karpal Singh ini telah bertembung dengan sebuah lori dari arah yang bertentangan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sebenarnya sangat kagum dengan kereta berjenama Alphard ini. Tetapi setelah melihat gambar kemalangan di atas, kami mungkin akan berfikir dua kali mengenai kereta ini.

Untuk pengetahuan semua, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sering ditanya mengenai kereta Alphard ini. Ramai yang mahu menyewanya dari kami. Tapi buat masa ini kami masih belum terfikir untuk menyewakan kereta jenis ini kepada para pelanggan. Dari segi mewah, kereta ini memang mewah. Tapi dari segi lain-lain rasanya sama saja dengan kereta MPV yang lain kan? lagi pun sewa kereta Alphard ini sangat mahal. Itu yang sempat kami tinjau dari senarai harga operator kereta sewa yang lain di seluruh Malaysia. Bagaimana dengan yang di Tawau? Mahal tak sewa Alphard di Tawau? Mesti anda semua terkejut kan kalau kami kata sewa sebuah kereta Toyota Alphard di Tawau lebih kurang sama macam harga sewa sebuah rumah selama sebulan.

Ini mungkin disebabkan harganya yang mahal, dan mungkin juga alat gantinya yang mahal. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mungkin akan menyediakan Alphard satu hari nanti untuk disewakan. Tapi kami jamin, harga kami sudah tentu yang paling murah di seluruh Malaysia. Apa pun, kita kembali kepada gambar kemalangan Alphard di atas ini. Semahal mana pun sebuah kenderaan dan se gah manapun brandnya, tapi kalau sudah terlibat dengan kemalangan, pasti hancur berkecai juga. 

Oleh itu, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin menasihatkan para pembaca semua agar berhati-hati di jalanraya. Anda mampu mengubahnya. Dan kepada mendiang Datuk Karpal Singh, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengucapkan takziah. Malang tidak berbau. Hati-hati di jalanraya dan ingatlah orang yang tersayang.