Diskaun 10% Untuk Pelajar


Lihat betapa happynya budak di dalam gambar tu. Macam itu la perasaan gembira yang ingin kami berikan kepada mereka yang bergelar pelajar. Demi menghargai usaha anda semua sehingga berjaya bergelar pelajar IPG, IPT & IPTS maka kami dengan berbesar hati akan memberi 10% diskaun sewa kereta ke atas semua jenis kereta compact & sedan yang kami sewakan.

Contohnya kalau anda menyewa kereta Perodua Kancil selama 3 hari, maka jumlahnya adalah bersamaan dengan RM180-10%. Orang lain membayar RM180, tapi anda sebagai pelajar hanya perlu membayar RM162 sahaja. Untuk mendapatkan keistimewaan ini, anda hanya perlu membawa salinan kad pelajar anda semasa mengambil kereta nanti. Senang kan?

Tawaran diskaun 10% ini hanya boleh digunapakai oleh pelajar IPG, IPT & IPTS sahaja ya. Oleh itu, pelajar-pelajar sekalian, jangan lepaskan peluang ini, kerana hanya kami sahaja di daerah Tawau yang menghargai anda dengan memberi tawaran diskaun terhebat ini.

p/s: pelajar-pelajar dari Maktab Perguruan Tawau, Kolej Komuniti Tawau & OUM Tawau adalah amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment